Dah menjadi kebiasaan masyarakat berfikir kalau ibu tiri je mesti akan ‘jahat’ dan akan berat sebelah dengan anak sendiri. Tapi… Tak semua tau berperangai sebegitu. Misalnya, isteri kepada pelakon Fizo Omar, Fazeera Nazri Azrai yang membuktikan ibu tiri tidaklah seteruk seperti kebiasaan orang sangkakan kerana dirinya menyayangi anak tirinya sepenuh hati. Malah, melalui perkongsiannya, anak kelahiran Sarawak ini menyifatkan bahawa Maryam atau lebih mesra disapa Cik Yam banyak mengajarnya erti menjadi seorang ibu di laman Instagramnya baru-baru ini. Bahkan, dia seolah-olah membuat video tersebut sebagai tanda apresiasinya buat anak kecil itu.
“Detik-detik berharga kita bersama, Cik Yam Umi. Terima kasih Allah atas anugerah terhebat ini!. Sebelum Khaleeda, saya banyak belajar dari awak, Cik Yam, untuk memahami dunia seorang ibu walaupun bukan saya yang melahirkan awak. Apa yang paling menggemberikan saya adalah melihat awak dan Khaleeda mencurahkan kasih sayang yang tiada penghujung antara satu sama lain. Saya memohon maaf kerana tidak menjadi ibu yang baik untuk anda tetapi awak sentiasa yang terbaik untuk saya!. More to come and more babies for you cikyam,” tulisnya. Klik sini untuk lihat video.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet memuji Fazeera yang disifatkan bukan sahaja cantik tetapi memliki keperibadian yang baik sekaligus berpendapat, Cik Yam sangat bertuah kerana memiliki ibu tiri yang penyanyang. Kredit Sinar Viral. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.