Susulan kejayaan anak merangkul gelaran juara musim kedua Famili Duo, Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah bakal tampil dengan single Tangan Yang Melambai bersama Yamani Abdillah dan Zaki Yamani. Jamal sangat teruja dengan projek kolaborasi sulung dengan dua ‘hero’ hidupnya itu. Syarikat rakaman anak saya, Rusa Music sudah menetapkan 15 Februari untuk kami membuat rakaman single ciptaan Ezra Kong yang diberi judul Tangan Yang Melambai. Kita sama-sama tunggu hasilnya. Insya-Allah, minggu hadapan juga kami akan mulakan penggambaran video muzik single berkenaan,” katanya.
Jamal berkata, lagu baharu itu sudah lama disiapkan, iaitu sebelum kemenangan Yamani dan Zaki di pentas Famili Duo. Tambahnya, sebagai bapa, beliau sangat bersyukur dan gembira atas kejayaan dua beradik itu. Saya tidak jangka mereka boleh berjaya sampai ke tahap itu kerana mereka jarang bersama. Namun, saya bersyukur kepada Allah kerana bidang seni ini dapat menyatukan mereka kembali dan menjalinkan silaturahim, walaupun saya agak jauh daripada mereka, terutama dengan Zaki. Namun, kerana seni, mereka dapat menyambung kembali hubungan. Jujurnya, saya sangat gembira,” katanya. Jamal mengakui program Famili Duo berjaya mencungkil identiti Yamani dan Zaki tanpa terikut-ikut dengan acuan nyanyiannya. Alhamdulillah, Famili Duo berjaya melatih anak untuk mencari identiti sendiri dan tidak terikut-ikut dengan vokal saya. Apatah lagi, mereka perlu cari identiti sendiri untuk kekal lama. Tidak dinafikan suara anak saya mirip saya.
Saya ayah mereka, tidak dapat lari (dari aspek vokal). Jadi, agak sukar untuk mereka menanggung persamaan itu. Jamal juga mengucapkan terima kasih kepada Rusa Music yang memilih dan mencorakkan persembahan dua beradik itu selepas ibu masing-masing yang memberi sokongan. Menitipkan pesanan, Jamal mahu Yamani dan Zaki ikhlas dalam berkarya, bukan sekadar menyanyi. Untuk kekal dalam dunia seni ini, kita harus pandai menyesuaikan diri dan yang paling penting, kerja seni yang kita lakukan biarlah tinggalkan kesan.
Kalau sekadar menyanyi, ramai yang boleh tetapi untuk terus diingati, sukar. Jadi pesan saya, lakukan sesuatu kerja itu walaupun sekadar rakaman lagu selama dua jam, buatlah dengan penuh penghayatan. Ini akan meninggalkan kesan bukan sahaja kepada kita, malah, pendengar. Seperti lagu Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Allahyarham Datuk Ahmad Jais dan sebagainya. Dalam perkembangan lain, Jamal dan isteri, Datin Zai Izzati Khiruddin bakal menimang cahaya mata perempuan pada April. Namun, Jamal, masih belum memutuskan nama anak bongsunya itu.
Jamal mendirikan rumah tangga dengan Zai Izzati pada 1 April 2017 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Azura pada 10 Oktober 2019 disusuli bayi lelaki, El Issac Yamani, setahun kemudian. Pada 22 Februari tahun lalu, Jamal dan Zai Izzat menyambut kelahiran seorang lagi anak, iaitu Iskandar Rayyan Yamani. Kredit Berita Harian PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.