Pernah diisytiharkan sebagai aset, kucing kesayangan Syed Saddiq pergi menghadap illahi secara mengejut

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada Selasa memaklumkan bahawa kucing kesayangannya, Toby telah mti. Melalui satu hantaran di laman Instagram miliknya, Syed Saddiq memberitahu Toby tinggalkannya secara mengejut. Saya rindu dia sangat. Terima kasih kerana sentiasa ada bersama saya ketika masa yang sukar. Semoga Toby dapat berehat dengan tenang di ‘Syurga Kucing’,” tulis Syed Saddiq pada ruangan kapsyen hantarannya. Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu bagaimanapun tidak menyatakan secara terperinci butiran lain mengenai kematian Toby.

Pada November tahun lalu, Syed Saddiq pernah mengiystiharkan Toby dan seekor lagi kucingnya iaitu Meow Meow sebagai sebahagian daripada asetnya. Pengiystiharan itu merupakan persediaan calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) itu dikatakan mempunyai harta dengan nilai aset bersih sebanyak RM1.9 juta. Rata-rata warga maya membanjiri ruangan komen Instagram Syed Saddiq dengan ucapan takziah kerana Toby dianggap sebagai sebahagian daripada keluarganya.

Kredit Sinar Viral. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version