Bukan biasa biasa, kumpulan Dolla dapat pujian dari penggiat muzik Korea Selatan

Kumpulan Dolla yang membuat penampilan sulung di pentas muzik festival K-Pop, Seen Festival gembira apabila mendapat pujian daripada penggiat muzik Korea Selatan. Perkara ini dizahirkan menerusi ciapan difahamkan oleh pengarah dari negara itu yang memuji tarian serta lontaran vokal kumpulan dianggotai Sabronzo, Syasya, Angel dan Tabby yang pernah tular dalam kalangan peminat.

Kami ada nampak tweet ini. Memang orang-orang yang terbabit dengan Seen Festival di belakang tabir akan bertemu dengan kumpulan dan tenaga kerja dari Korea Selatan. Mereka merasakan muzik Dolla bagus. Kami sangat berbesar hati kerana berjaya mencuri perhatian mereka,” kata Tabby ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu terbaru Dolla berjudul Look At This. Menurut Dolla, ini bukan kali pertama mereka meraih pujian sebegini kerana mereka pernah menarik perhatian peminat di Festival Melosaga, iaitu acara muzik dan tarian K-pop terbesar di Asia Tenggara. Sebenarnya kami pernah terbabit di acara Melosaga yang juga menampilkan penari YG Entertaiment yang dipanggil YGX.

“Mereka juga menyukai lagu kami dan siap merakam video di Instagram menunjukkan sedang layan lagu-lagu Dolla. Jadinya, besar harapan kami agar peluang untuk kami bekerjasama dengan mereka di masa depan. Kumpulan yang sudah mempunyai enam single antaranya Makes You Wanna, Impikan, Watch Me Glow, Raya Raya Raya, Berani dan Bad kini tampil dengan lagu terbaru berjudul Look At This.

Lagu ini menceritakan bagaimana setiap perempuan harus yakin untuk tampil menjadi diri sendiri tanpa memerlukan ‘kelulusan’ daripada orang lain. Semoga lagu ini dapat diterima oleh semua. Namun sedikit ‘hint’ kita bakal berikan banyak lagi kejutan dalam muzik kami untuk tahun ini. Look At This hanyalah permulaan. Mengenai muzik video yang agak berbeza berbanding sebelumnya, ia adalah antara kelainan yang dilakukan Dolla kali ini. Ia nampak mahal, namun kami beruntung kerana mendapat tajaan untuk pembikinannya,” katanya.

Sumber Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version