PELAKON dan penyanyi Erra Fazira enggan campur tangan tentang status rumah tangga bekas suaminya iaitu Engku Emran dan Noor Nabila yang dikatakan sedang retak menanti belah. Erra atau Fazira Wan Chek, 49, berkata, selain tiada kena mengena dengan pasangan itu, dia juga menghormati kehidupan Emran sebaliknya hanya berhubung mengenai anak mereka iaitu Engku Aleesya. “Saya tidak masuk campur urusan bekas suami walaupun kami ada anak bersama. Saya menghormati kehidupan dia. Saya tak pernah nak bertanya dia sama ada mempunyai masalah ke apa? Komunikasi kami hanya berkaitan anak,” katanya.
Erra berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui ketika majlis pelantikannya sebagai duta Captain Dolphin yang berlangsung pada petang Ahad. Dalam pada itu, Erra berkata dia bimbang Aleesya akan terganggu dengan berita tidak enak tentang bapanya namun tetap mengingatkan puterinya itu tentang kasih sayang diterima daripada ibu bapa walaupun mereka sudah berpisah. “Saya selalu kata padanya, dia kaya dengan kasih sayang walau apa pun terjadi. Ibu atau ayah beri kasih sayang yang cukup. “Saya hormati anak saya dan tidak mahu emosinya terganggu. Saya buat macam biasa sahaja tapi kalau dia nak berkongsi, saya akan jadi pendengar setia,” ujarnya. Tambah Erra, dia hanya mengetahui mengenai kemelut rumah tangga bekas suaminya itu melalui laporan media namun tidak pernah bersangka buruk tentang Emran.
Erra juga percaya tiada pasangan yang mahu berpisah tapi kalau terjadi mungkin ada masalah tidak dapat dibendung lagi. “Walaupun kami pernah hidup bersama, saya tidak pernah menilai dia. Dah takdir dia begitu,” katanya. Baru-baru ini, status rumah tangga Noor Nabila dan Engku Emran sekali lagi menjadi bualan hangat apabila perkahwinan mereka didkwa kembali bermasalah. Lebih menguatkan spekulasi, kelibat Emran tidak kelihatan ketika Noor Nabila dan anaknya, Jebat Jayden berangkat menunaikan umrah di Makkah. Untuk rekod, Erra sebelum ini pernah berkahwin dengan Engku Emran pada 25 Oktober 2007 namun hubungan itu tidak bertahan lama apabila mereka berpisah pada 18 Februari 2014. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya yang kini berusia 14 tahun.
Dalam perkembangan lain, Erra memberitahu dia berasa bangga apabila terpilih menjadi sebahagian daripada keluarga Captain Dolphin memandangkan produk berkenaan terkenal dalam dan luar negara. Kata Erra, dia tidak berfikir lama untuk menerima tawaran duta jenama itu memandangkan dia tahu produknya berkesan. “Apa lebih penting produk ini halal. Orang ingat ini produk luar negara tetapi sebenarnya ia buatan Malaysia yang turut menjadi bualan di luar negara. “Saya memang teruja dan berbangga apabila produk tempatan diterima baik pengguna di luar negara dan paling penting, produk dihasilkan sangat berkualiti,” katanya.
Sumber, Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Umur dah 49 tapi masih cantik, rupanya ini yang Erra Fazira selalu buat untuk jaga penampilan diri. Tanggal 9 Februari merupakan hari ulang tahun kelahiran primadona tanah air, Erra Fazira! Genap berusia 49 tahun, tidak dinafikan aura dan pesona Erra Fazira masih memikat pandangan ramai sampai ke hari ini. Biarpun mencecah usia lewat 40an, Erra bijak menjaga penampilan diri dan kecantikan. Dalam kesibukan kerjaya sebagai anak seni, duta dan ahli perniagaan pun dia aktif mengamalkan gaya hidup sihat dan bersukan. Apatah lagi, Erra merupakan bekas Ratu Cantik Malaysia. Pastinya dia perlu menjaga ketrampilan diri. Walau usia makin meningkat, ia nyata tidak menjadi penghalang buat pemenang anugerah Pelakon Filem Wanita Popular tersebut untuk melakukan aktiviti lasak dan bersukan.
Misalnya pada Disember lalu, pemilik nama Fazira Wan Chek ini berkesempatan meluangkan masa bermain bola jaring bersama kelab peminat setianya. Bukan saja popular dan cantik, Erra juga ramah dan menghargai para peminat yang banyak menyokong kerjaya seninya selama ini. Aktres filem Maria Mariana ini juga dilihat gemar beriadah seperti berbasikal bersama teman-teman dan anak tersayang, Engku Aleesya. Tak hairanlah dia mampu mengekalkan susvk tubuh langsing dan kekal berstamina. Malah, peminat Erra sendiri mengetahui figura ini seorang wanita yang berjiwa lasak dan aktif bersukan.
Mengimbas temu bual Nona bersama Erra ketika dia menjadi penghias cover Nona Oktober 2018, aktres ini mendedahkan jika tidak bergelar selebriti dia mungkin menjadi ahli perniagaan. Saya rasa saya akan menjadi seorang businesswoman. Sebab saya suka berniaga. Dari saya kecil lagi saya dah berniaga. Kecil-kecil dulu saya pergi sekolah.. saya berniaga keropok. Sayalah yang menggoreng, cabut sendiri ubi kayu dan segala-galanya saya buat sendiri.” Disifatkan sebagai seorang wanita yang berdikari, Erra yang kini berstatus ibu tunggal enggan melihat perkara itu sesuatu yang menyukarkan. Sebaliknya, melontarkan kata-kata semangat ini buat semua wanita yang melalui nasib sama seperti dirinya.
Jangan menghempas diri.. kita kena bangun. Kita tak ada orang lain untuk kita nak bersandar. Jadi, semua sandaran tu hanya kepada kita. Maka bangunlah. Kita ketepikan tanggapan orang lain terhadap kita. Tapi kadang-kadang yang paling sakit itu adalah tanggapan daripada keluarga atau saudara-mara sendiri. Tapi tak apa, itu semua cliche. Kita buktikan bahawa ibu tunggal boleh membesarkan anak, boleh hidup dengan baik.. boleh didik anak dengan baik. Yang penting, kita balance dunia akhirat.