Pelakon Shakilla Khoriri mengakui anaknya Ameena Sofia tidak melalui perjalanan hidup yang indah seperti kanak-kanak lain mempunyai ibu bapa yang masih bersama. Bagaimanapun Shakilla berkata dia sentiasa mengutamakan kehendak dan keperluan anak perempuannya biarpun dirinya tersakiti dengan orang sekeliling. “Ya! Anak aku tak lalui satu perjalanan yang indah dan baik dari family yang parents nya bersama tapi setiap hari aku yakinkan dia yang dia lebih bertuah dari yang lain. “Dia dapat apa yang dia nak kan. Aku cuba dapatkan apa saja yang dia nak selagi aku mampu. Aku susah hati kalau anak aku tak happy.
“Aku pura-pura happy walau kiri kanan orang menyakiti aku sebab aku kisah fasal hati dan perasaan anak aku. Aku letak diri aku bawah tapak kaki orang untuk dia,” katanya. Menurut Shakilla, dia tidak pernah mengajar perkara buruk namun terpaksa akur dengan pergaulan dan segala apa yang dilihat anaknya. “Tapi hari ini aku yakin, segala benda yang aku buat dah terlebih dari apa yang seorang anak perlukan dari parents. Ameena more than happy dengan kehidupan dia sekarang. Aku jahat tapi aku tak pernah ajar ajaran yang tak betul pada dia. Tapi aku terpaksa akur dengan pergaulan dan apa yang dia lihat dan dengar setiap hari.
“Kadang-kadang aku tak boleh kawal apa yang dia nak cakap atau buat. Aku bagi dia hidup dan bergaul ikut cara dia tapi always ada ya dan tidak,” ujarnya. Untuk rekod, Shakilla pernah mendirikan rumah tangga dengan selebriti Fizi Ali ppada 18 Februari 2018 namun mereka memaklumkan sudah berpisah pada Disember 2021. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ameena Sofia yang kini berusia empat tahun. Sumber, Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.