Bukan sekotak, sebaliknya wanita ini memborong 10 kotak piza wagyu dengan harga RM1,500. Video yang dikongsikan di laman TikTok ketika urusan jual beli piza wagyu hasil air tangan usahawan dan pempengaruh media sosial (influncer) terkenal, Jofliam, nyata mengundang perhatian warga maya. Berkongsi cerita dengan mStar, Ieda Asanudin berkata, dia teringin untuk menikmati piza yang dijual oleh suami kepada penulis blog popular, Cik Epal itu selepas kerap melihat video perkongsian pengikutnya di media sosial. Apabila banyak kali lalu dekat timeline dan masuk For You Page (FYP) Tiktok, saya rasa macam nak cuba beli dan rasa. Lebih-lebih lagi mereka yang dah beli bagi review dan feedback bagus.
Ada siap cakap beli satu tak cukup. Tapi saya tak tahu cara nak order… saya hantar mesej di Direct Message (DM) tapi tak berbalas. Hinggalah terjumpa satu video seorang follower yang share macam mana nak order. Rupanya Jofliam akan buat open order dekat Instagram pada waktu tertentu. Saya buat mode turn on notification supaya lebih senang alert, selalu refresh dan akhirnya berjaya order. Saya order pada Rabu 22 Februari lalu untuk slot pada Sabtu (kelmarin). Tempoh menunggu tiga hari tu memang excited sangat,” kongsi wanita berusia 32 tahun ini. Ieda yang juga pemilik Restoran Matt Acca Ikan Bakar Petai di Geliga, Kemaman, Terengganu berkata, dia bersama suami dengan ditemani empat rakan lain bertolak ke ibu kota untuk mengambil pesanan piza selepas selesai berniaga pada malam sebelumnya. Sumber Mstar.
Jofliam yang datang hantarkan piza-piza tersebut. Orangnya sempoi… dia pesan, ‘makan panas-panas, jangan tunggu sampai Kemaman’. Kami punya excited, selepas ambil piza, berhenti dulu di satu tempat untuk makan. Memang seperti yang dikatakan ramai, sangat sedap dan berbaloi dengan harga RM150 sekotak. Bagusnya, sampai Kemaman pun kesedapannya tetap maintain… staf saya sendiri akuinya. Ieda menambah, dia tidak kisah dan langsung tidak berkira wang ringgit jika melibatkan soal makanan. Bagi saya, bab makan jangan berkira. Macam saya, saya beli untuk kongsi dengan keluarga, kawan-kawan dan staf restoran. Kalau ada duit, saya tak kisah untuk spend. Orang kata, berbahagi rezeki.
Alhamdulillah, komen-komen yang diterima pun positif. Cuma bagi yang belum ada peluang dan teringin untuk mencuba piza Jofliam, saya doakan mereka moga dimurahkan rezeki selalu. Saya sendiri pernah berada di tempat di mana langsung tak mampu beli barang mahal. Saya dulu cuma peniaga masakan panas di warung. Berkat usaha dan dengan izin Allah, dapat kembangkan perniagaan dan memiliki sebuah restoran bersama suami.
Tidak menyangka perkongsian videonya menjadi tul4r sehingga meraih lebih 600,000 jumlah tontonan di TikTok, Ieda berkata dia sekadar mahu berkongsi pengalaman di samping menyebarkan mesej tentang penting berkongsi rezeki sesama orang sekeliling. Bagi saya, kalau ada rezeki lebih, jangan kedekut untuk berkongsi dengan orang lain. Ada keberkatan daripada amalan itu,” ujarnya lagi. Kredit Soya Lemon. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.