PERKONGSIAN ibu kepada pengarah terkenal Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail sekali lagi jadi perhatian ramai apabila meluahkan rasa bangga memiliki menantu yang hebat. Menerusi ruangan Instastory, Patimah menyenaraikan nama ketiga-tiga wanita yang merupakan menantu yang disayanginya. “Kami ada tiga orang menantu yang hebat-hebat, cukuplah Nazariah Harun, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin dan Aeisyah Ustaz Zainal,” katanya. Pun begitu, nama Ira Kazar yang merupakan isteri kedua kepada Syamsul tidak ditulis dalam perkongsian berkenaan.
Sebelum ini, isteri kepada pengarah dan penerbit Datuk Yusof Haslam ini pernah menegaskan bahawa bapa kepada Ira Kazar iaitu Kazar Saisi bukanlah besannya. “Besan kami Encik Megat Kamaruddin bukan dia,” katanya menerusi ruangan komen di Instagram mStar. Pada 5 Januari lalu, Syamsul menggemparkan dunia seni apabila dia mengakui sudah bernikah dengan Ira di Thailand. Selepas kisah tersebut hangat di perkatakan, Syamsul dan isteri pertamanya Puteri Sarah Liyana saling berbalas komen di media sosial namun dilihat masih belum bertemu jalan penyelesaian terhadap kemelut rumah tangga mereka.
Rentetan itu, pada 15 Januari, Puteri Sarah bertindak memfailkan perpisahan secara baik di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5. Sumber, Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Kelibat Syamsul masih tak nampak, kali ni keluarga dan adik beradik yang hantar Puteri Sarah ke airport. Pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah buat kali kedua bersama dua orang anaknya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah. Menerusi satu hantaran di laman Instagram sebentar tadi, pelakon berusia 37 tahun itu memuat naik beberapa keping foto ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Berdasarkan kapsyen, Sarah yang mengenakan penampilan serba putih berharap orang ramai mendoakan dirinya dan anak-anak sekali gus dipermudahkan urusan sepanjang berada di Tanah Suci. “Doakan Sarah dan anak-anak ya,” tulis Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin. Walau bagaimanapun, kelibat suaminya Syamsul Yusof tidak kelihatan sebaliknya hanya ibu bapa serta adik beradik Sarah yang dilihat hadir mengiringi perjalanan tersebut di KLIA.
Difahamkan, ini adalah kali keenam pelakon drama Suri Hati itu menunaikan umrah dimana empat kali bersama suaminya yang juga pengarah popular sebelum memiliki cahaya mata. Sehingga kini, dia terus menjadi perhatian ramai selepas memfailkan permohonan perpisahan terhadap Syamsul yang mengaku sudah berkahwin dengan seorang wanita bernama Ira Kazar di Thailand. Untuk rekod, Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4. Sumber, Omm.