Cinta hujung nyawa, seseorang akan sangat bertuah jika dikurniakan cinta yang sejati dalam hidup mereka. Bukan mudah untuk mencintai seseorang dengan begitu dalam sehingga berkorban apa sahaja untuk orang yang kita cintai. Kisah cinta yang paling agung adalah apabila dalam keadaan apa pun orang yang kita cintai itu, kita masih akan terima dan menyayanginya tanpa sebarang syarat. Dalam keadaan susah ataupun sakit, kita masih akan terimanya dengan seikhlas hati. Seperti satu pasangan ini yang tular apabila rakaman perkahwinan mereka menjadi tular kerana pengantin perempuan masih lagi setia dan ingin menjaga pengantin lelaki walaupun pengantin lelaki terbaring sahaja di katil kerana sakit. Klik sini untuk lihat video.
Pada rakaman video berkenaan, ianya telah memaparkan pasangan pengantin lelaki dan perempuan sudah diijabkabulkan tetapi yang menarik perhatian adalah apabila pengantin lelaki sedang baring di katil seperti sedang sakit dan sedang bergambar dengan pengantin perempuan setelah selesai diijabkabulkan. Ketika diterjah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan tahniah kepada pasangan bergelar pengantin baru itu dan ramai memuji keikhlasan pengantin perempuan itu.
Kredit Soya Lemon. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.