Ali dedah rumah Abam bukan milik Hidayah, sekali Peguam Syarie tampil beri penjelasan

Pelawak Ali Puteh sebelum ini ada mengeluarkan kenyataan bahawa rumah milik abangnya iaitu Abam Bocey adalah bukan miliknya dan keluarga mahupun milik hidayah. Melihat daripada kenyataan Ali Puteh ini, seorang peguam syarie, Muhammad Syarafi tampil berkongsi pandangan mengenai kemelut yang dihadapi mereka. Ali Puteh kata begitu, ini perkongsian penuh daripada peguam syarie pula…” Ali, Ali kena faham bila abang pergi menghadap illahi dan dia ada isteri dan anak lelaki, orang yang paling berhak untuk uruskan harta si dia ialah isteri dan anaknya. Cumanya dalam situasi ini Ali pun tahu anak lelaki abang masih di bawah umur di mana mengikut undang-undang kita ada mesti lantik pemegang amanah untuk menguruskan harta bagi pihak si anak tu.

Dalam situasi ini, Ali kena tahu pada kebiasaannya anak yang belum cukup umur untuk uruskan hartanya sendiri kita akan lantik ibunya sebagai pemegang amanah untuk uruskan harta bagi pihak anak tu sehingga mencapai usia yang membolehkannya urus hartanya sendiri, Ali juga kena tahu, walaupun urusan faraid masih belum selesai, Ali kena bagi laluan kepada balu si dia dan anaknya untuk tinggal di rumah tu sehingga urusan faraid selesai. Sebab apa? Sebab mereka berdua waris yang paling banyak mendapat bahagian dalam harta si dia. Bahagian mak pula bagaimana? Ali jangan risau kerana bahagian mak tetap ada dalam harta abang itu. Ali Puteh kena faham, 1/6 harta abg milik ibunya dan semua baki milik anak lelaki arwah…

Cumanya bahagian mak ini tidak banyak iaitu cuma 1/6 saja daripada baki harta yang tinggal itu. Bakinya semua akan pergi kepada anak lelaki abang kerana anak lelaki ni dia akan menjadi penghalang kepada waris² selain dari: 1. Mak, 2. Ayah, 3. Suami, 4. Isteri, 5. Anak perempuan, 6. Anak lelaki. Untuk terima bahagian faraid si abg, Ali jangan buat susah macam ini. Kita faham sahaja dalam bahagian mak yang 1/6 itu ada bahagian Ali jugak tetapi bahagian itu sangat sedikit kalau nak dibandingkan dengan hak anak dan isteri si dia terima. Ibarat kata kalau rumah itu dinilaikan berjumlah RM1 juta, bahagian mak cuma kurang lebih RM166,000 sahaja dan bakinya semua ada lagi sekitar RM834,000 akan pergi kepada isteri dan anak si dia.

Ini cuma contoh kiraan sahaja Ali. Nak tentukan nilaian terkini harga rumah tu kena guna khidmat penilai hartanah bertauliah. Jangan kita memandai pulak buat nilaian sendiri. Walaupun urusan faraid belum selesai, balu dan anak arwah tetap ada hak tinggal dalam rumah itu…
Cuma nak pesan kat Ali, Walaupun urusan faraid masih belum selesai, rumah itu tetap ada hak si balu dan anak arwah abang untuk tinggal sehingga selesai urusan di mahkamah sebabnya Allah dah bagitahu dalam surah Al-Baqarah, maksudnya: Orang-orang yang pergi menghadap illahi di antaramu dengan tinggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (ber’iddah) empat bulan sepuluh hari. (Al-Baqarah: 234).

Dalam menempuh bilangan ‘iddah serta berkabung bagi pemergian suami, seseorang perempuan itu tidak boleh keluar dari rumahnya sepanjang tempoh ber’iddah tersebut melainkan darurat atau keperluan hajat. Ini juga berdasarkan sabda Nabi SAW kepada Furay’ah binti Malik bin Sinan yang mana telah bertemu Nabi SAW bertanyakan adakah boleh bagi dirinya untuk pulang ke pangkuan ahli keluargnaya, Bani Khudrah kerana telah kematian suaminya. Lalu jawab Baginda SAW, Maksudnya: Tetaplah kamu di rumahmu sehingga sampai apa yang telah ditetapkan. Riwayat Abu Daud (2300) & Al-Tirmizi (1204). Kesian balu dan anak sampai kena keluar rumah bawa diri… Ali baca tak hadis nabi ini? Kesian balu dan anaknya sampai nak kena keluar dari rumah abg sedangkan mereka berhak untuk tinggal di situ. Berkenaan arahan, mahkamah mengarahkan Ali untuk bayar RM60,000 itu kes lain dan Ali kena selesaikan segera sebab perintah dah keluar.

Jangan tangguh-tangguh takut nanti kena contempt of court pulak. Senang cerita macam ini Ali. Kita semua faham sahaja Ali nak uruskan bahagian mak dalam harta yang ditinggalkan abang itu. Kendurkan ego, berbaik dengan balu arwah dan selesaikan dengan baik… Cumanya dalam situasi macam ini ada baiknya Ali cuba kendurkan sikit ego tu dan harmonikan kembali silaturahim yang dah keruh disebabkan isu perebutan harta ni. Nak cerita bab harta ni Ali, kalau bagi setinggi gunung everest pun takkan pernah puas manusia ini. Tapi silaturahim ni kalau kita jaga dengan baik InsyaAllah akan membawa kita sampai ke syurga.

Tak perlu panjang bicara sangat. Jumpa semula kak ipar tu minta maaf kemudian mulakan semula secara muafakat untuk selesaikan pembahagian faraid si mati,selesai masalah. Sumber, LimauAsamBoi. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version