Tindakan pelakon popular, Fasha Sandha memuat naik satu video memaparkan dia melakukan senaman di laman Instagram mendapat teguran daripada segelintir warganet. Menerusi rakaman dikongsi, pelakon berusia 38 tahun itu dilihat mengenakan ‘outfit’ serba hitam sambil melakukan beberapa pergerakan senaman yang bertujuan bagi mempromosikan sebuah produk kesihatan.
Walau bagaimanapun, beberapa pengikutnya mempersoalkan penampilan Fasha yang didakwa masih belum menutup aurat selepas pulang dari mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah baru-baru ini. Berdasarkan komen, mereka dilihat seolah-olah kecewa dengan mendakwa penampilan pelakon drama Khilaf Asmara itu ‘masih sama’ walaupun sudah berpeluang menjadi tetamu Allah SWT. Klik sini untuk lihat video.
Namun begitu, ada juga individu meminta orang ramai untuk bersangka baik kerana kemungkinan video tersebut dirakam sebelum Fasha berangkat ke Tanah Suci. Meskipun menerima teguran ramai, ibu kepada tiga cahaya mata itu mengambil pendekatan untuk tidak membalas sebarang komen pada posting miliknya. Terdahulu, suami Fasha iaitu Aidil Aziz yang juga aktor mengakui teruja apabila dapat menunaikan umrah buat kali pertama bersama isteri selepas tertangguh akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengawal wabak COVID-19.
Sumber, OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut
Fasha Sandha luah rasa bersyukur dapat pergi umrah, dia siap berdoa supaya dikurnikan ank lelaki. Pelakon Fasha Sandha, 39, bermohon agar Allah mengurniakan seorang lagi anak lelaki kepadanya bagi menunaikan permintaan suami, Aidil Aziz ketika mereka mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah, baru-baru ini. Fasha berkata dia sangat teruja dan bersyukur apabila hasratnya mengerjakan umrah buat kali pertama ke Makkah dimakbulkan oleh Allah, selepas sebelum ini tertangguh beberapa kali. “Alhamdulillah, saya berada selama sembilan hari di Tanah Suci baru-baru ini, yang mana empat hari di Makkah dan lima hari di Madinah. Saya bersyukur dapat mendoakan yang baik-baik untuk semua orang.
“Salah satu doanya sudah tentu untuk mendapatkan zuriat lelaki, sebab itu adalah permintaan Aidil untuk melengkapkan keluarga kami. Ikutkan, dia (Aidil) sudah menyuarakan hasrat nak ‘baby’ (bayi) lelaki dari tahun lalu lagi. “Cuma, pada waktu itu saya terlalu sibuk dengan kerja di lokasi penggambaran drama dan kami merancang untuk berusaha mendapatkan cahaya mata pada tahun ini. Jadi, perancangan saya sudah tentu nak mendoakan supaya dapat anak lelaki seorang lagi,” katanya kepada Harian Metro. Semalam, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan ditemui media pada sesi fotografi dan temubual bersama pelakon drama Serpihan Sayang lakonannya arahan Amor Rizan untuk slot Samarinda TV3.
Mengulas perasaannya ketika di Tanah Suci, Fasha berkata, ia adalah peluang kali pertama dia bersama suami dapat mengerjakan umrah. Jelasnya, dia sangat bersyukur apabila hasrat yang lama diinginkan itu akhirnya menjadi kenyataan. “Saya sebenarnya memang sudah lama berhasrat nak ke Tanah Suci Makkah untuk mengerjakan umrah. Tapi, masih belum ada rezeki lagi ketika itu dan pernah tertangguh disebabkan syarat pada waktu itu memerlukan mahram bagi wanita. “Bagaimanapun, sekarang sudah tak perlu diiringi mahram untuk nak buat umrah lagi dan saya pula memang merancang mahu pergi bersama-sama suami. Ikutkan lagi, kami berhasrat nak pergi umrah selepas berkahwin dulu, tapi tak dapat sebab pada tahun 2020 ada pula penularan Covid-19,” katanya.
Fasha berkata dia gembira dapat menumpukan sepenuh fokus pada ibadat saja selama berada di Tanah Suci dan tidak langsung membuat sebarang kemas kini di media sosial sehingga membuatkan ada segelintir pengikutnya di Instagram berasa bimbang. Terdahulu, Fasha bertemu jodoh kali kedua dan selamat bernikah dengan Aidil juga pelakon pada 28 Mac 2019. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aisha Amaira kini berusia dua tahun enam bulan. Sebelum itu, menerusi perkahwinan pertama Fasha bersama bekas suami, dia dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli Rizal Ashram dan Putri Raysha Jemaima Rizal Ashram. Sumber, Hm