Influencer terkenal, Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli mendedahkan dia mempunyai hubungan istimewa bersama penyanyai terkenal, Shila Amzah sejak tahun lalu. Menurut laporan Harian Metro, Ubai memaklumkan dia sudah mula menjadi rakan kepada Shila selepas penyanyi tersebut mengalami fasa perit dalam kehidupannya. Ujarnya lagi, disaat itulah dia menjadi peneman yang sentiasa berada disampingnya untuk memberikan sokongan bagi meneruskan kehidupannya dengan lebih tabah dan kuat. “Saya sudah mengenali Shila sejak tahun 2011, tapi hubungan kami bertambah akrab sekitar 2014. Namun sejak tahun lepas hubungan kami menjadi semakin rapat selepas dia mengalami fasa sukar dalam hidupnya (berpisah).
“Sebagai kawan saya sentiasa mahu yang terbaik untuk Shila dan ada disampingnya saat dia memerlukan peneman untuk meluahkan segala ujian yang dilalui,” ujarnya. Bukan itu sahaja, influencer yang berusia 25 tahun itu tidak menyangka hubungan tersebut memasuki fasa yang lebih serius dan sudah brkongsi perkara tersebut kepada umum ketika membuat siaran secara langsung di TikTok, semalam. “Tak sangka hubungan itu lama-kelamaan menjadi semakin serius dan semalam dia berkongsi mengenai hubungan kami ketika siaran langsung di TikTok,” katanya. Malah, Ubai turut memberitahu dia tidak sempat untuk membawa Shila berjumpa dengan keluarganya namun, difahamkan keluarganya sudah merestui hubungan antara mereka berdua.
Bahkan, menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, Shila Amzah memaklumkan keluarganya sudah merestui hubungan mereka berdua. “Saya selesa dengan Ubai, lagi satu nak cakap, keluarga dan adik beradik saya semua okay je. Korang jangan nak cakap macam tak direstui ke apa benda sebab yang sebelum-sebelum ini mungkin ada sebabnya kalau tak suka,” jelas Shila. Sekadar info, Shila Hamzah pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias namun telah berpisah pada Februari 2022 selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais yang kini sudah berusia dua tahun. Sumber, Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.