Sophia Albarakbah dikatakan ganggu rumahtangga Aliff Aziz, setelah sekian lama mendiam terkejut macam ni je respon dia

Nama pelakon jelita, Sophia Albarakbah menjadi tular selepas didakwa cuba mengganggu rumah tangga pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah. Meskipun Bella tak menyebut sebarang nama, rata-rata warganet ‘serkap jarang’ dan menuduh pelakon wanita kacukan Melayu, Cina dan Arab itu itu sebagai penyondol. Terbaru, memetik laporan Official Hlive, aktres itu enggan memberi sebarang kenyataan berhubung dakwaan itu kerana tak mahu mengeruhkan keadaan. Dia menyedari keadaan sekarang masih lagi ‘panas’ dan sebarang respon balas akan menjadi negatif.

Pelakon berusia 29 tahun ini juga tak mahu berbalas-balas kenyataan dengan pihak yang terlibat. Dia berharap media dan warganet dapat membiarkan perkara ini reda sendiri. Benda boleh diselesaikan antara pihak yang terlibat personally. Tak nak involve satu Malaysia. Jelasnya lagi, sekarang dia mahu fokus kepada penggambaran drama dan bertegas prblahan bukanlah satu perkara yang bagus. Sumber, Official Hlive. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Sophia AlBarakbah dikatakan ada kaitan dengan Aliff Aziz, sekali ini yang jadi pada laman ig dia. Nama pelakon meningkat naik, Sophia AlBarakbah secara tiba-tiba menjadi perhatian warganet apabila dia dikatkan sebgai ‘wanita penyondol‘ yang cuba untuk mendekati suami kepada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah iaitu Aliff Aziz. Susulan itu, menurut laporan Kosmo, warganet telah mnyrang akaun TikTok dan Instagram Sophia dengan memberi amaran supaya jangan menganggu rumah tangga pasangan selebriti tersebut. Bukan itu sahaja, dakwaan itu menjadi lebih kuat apabila Bella memaklumkan pelakon wanita yang berani mengakui dia sudah tersuka dengan suaminya itu adalah seorang aktres yang bergandingan dengan suaminya dalam sebuah drama, baru-baru ini.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sempat menitipkan nasihat buat pelakon yang berusia 29 tahun itu supaya membatalkan niatnya untuk menganggu suami orang lain bagi menggelakkan sebarang masalah boleh berlaku. Malah, warganet turut berpendapat Sophia yang masih muda dan memiliki wajah yang jelita boleh menemui seseorang lelaki bujang yang jauh lebih baik untuk dijadikan sebagai pasangan hidup.

Dalam pada itu, usaha untuk menghubungi dan menghantar mesej kepada Sophia untuk mendapatkan penjelasan mengenai isu ini namun, ia tidak membuahkan hasil. Terdahulu, Bella Astillah mendedahkan terdapat pelakon wanita jelita yang cuba mendekati Aliff Aziz malah, mengakui sudah mempunyai perasaan cinta terhadap suaminya. Kredit, OMM. 

Exit mobile version