Pelakon yang juga seorang usahawan, Wawa Zainal berkongsikan rasa gembira dan syukurnya selepas kedua-dua ibu bapanya yang berasal daripada Sabah membuat keputusan untuk menetap di Semenanjung. Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin, di Instagram (IG) miliknya, dia menghadiahkan rumah yang telah diubah suai supaya kedua ibu bapanya dapat mendiaminya dengan selesa. Lama pujuk mak duduk Semenanjung. Akhirnya dia setuju dan Wawa buat keputusan untuk belikan rumah untuk mak dan bapak.
Ujarnya lagi, pada awalnya, dia ingin menghadiahkan rumah dua tingkat namun mengubah keputusannya memandangkan ibu bapanya sudah berusia dan sukar untuk naik turun tangga. Jadi Wawa cari rumah setingkat dan bila tengok keadaan rumah yang agak lama, telan air liur juga lah. Video itu juga telah mendapat reaksi positif daripada rakan selebriti seperti Zarina Zainuddin, Fasha Sandha dan juga Syida Melvin. Klik sini untuk lihat video.
Rata-rata warganet yang lain juga mengatakan bahawa mereka turut sebak melihat ibu bapa Wawa yang terharu apabila dihadiahkan sebuah rumah untuk tinggal bersama di Semenanjung. Tak perlu rumah besar untuk orang tua ni. Sebak tengok ibu bapa Wawa terharu macam itu. Entah kenapa, saya pun turut menangis. Tahniah Wawa sebab bahagiakan ibu ayah.
PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Usia perkahwinan hampir cecah 10 tahun, Wawa Zainal akui ada individu yang hantar gambar tak elok pada suami dia. Usia perkahwinan hampir mencecah 10 tahun, pelakon dan usahawan Wawa Zainal mengakui ramai wanita di laman sosial mencuba untuk mengganggu rumah tangganya dengan Aeril Zafrel. Malah menurut Wawa, suaminya yang juga seorang aktor itu pernah menerima kiriman gambar seksi daripada seorang wanita di laman sosial. “Ada… mesti la ada (wanita menganggu rumah tangga), ada la yang DM dia. Ada perempuan hantar gambar menjolok mata kepada Aeril tapi suami saya cepat-cepat padam,” dedah Wawa.
Wawa yang ditemani Aeril ditemui ketika Anugerah Nona Superwomen 2022 di M Resort & Hotel, Bukit Kiara, Petaling Jaya pada Rabu. Sementara itu, Aeril beranggapan individu yang mengirim gambar tersebut sengaja menggunakan taktik itu untuk menipunya. “Tapi saya rasa orang yang hantar macam itu adalah scammer. Mungkin bila hantar benda itu, kemudian dia nak kita bagi benda yang sama. “Lepas itu, dia viralkan gambar kita… dia nak scam la dengan minta duit kita. Kalau tak bagi, sebarkan benda itu… amat bahaya. “Saya rasa ramai orang yang l*ak video itu disebabkan scmmer macam itu la,” ujarnya. Untuk rekod, pasangan Wawa dan Aeril mendirikan rumah tangga pada 2013 dan dikurniakan empat cahaya mata.
Kredit, gempak.