Dah lama impikan untuk adakan konsert, Aina Abdul bakal mengadakan konsert mega pada bulan November

Selepas kejayaan Konsert Aina Abdul 2.0 di Istana Budaya (IB) tahun lalu, penyanyi Aina Abdul mengumumkan bakal mengadakan konsert mega di Axiata Arena Bukit Jalil yang mampu memuatkan 10,000 peminat pada 18 November depan. Aina ketika dihubungi berkata, dia sudah lama mengimpikan untuk mengadakan konsert berskala besar selepas kejayaan di IB. Sebenarnya ini adalah impian saya selepas membuat persembahan di IB. Saya memang berhasrat untuk menjayakan di pentas yang lebih besar kerana peminat pun memberi galakan untuk saya buat lokasi yang lebih besar.

Insya-Allah doakan tiket akan ‘sold out’. Saya ada keberanian itu pun selepas kejayaan di Anugerah Juara Lagu ke-37 awal tahun ini. Melihat sokongan peminat yang hadir di Axiata Arena saya bertambah yakin dan berani untuk menjayakan konsert di sana,” katanya. Menurut Aina, tiket konsert Aina Abdul 3.0 bakal dijual selepas Aidilfitri apabila mengambil kira maklum balas daripada peminat. Saya fikir kalau tak buat sekarang bila lagi. Jadi kita cubalah, belum cuba belum tahu. Tiket akan mula dijual selepas Aidilfitri. Ramai yang komen minta saya jual tiket selepas hari raya.

Saya pun faham kita nak berbelanja untuk menyambut Ramadan dan Aidilfitri tidak lama lagi. Sumber Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version