Teka-teki mengenai status rumah tangga Alica Amin dengan doktor perubatan, Farzan Iqbal akhirnya terjawab apabila pelakon jelita itu mengesahkan mereka sudah berpisah talak satu. Menurut Alicia yang juga seorang model, keputusan untuk berpisah itu terjadi selepas berbincang secara baik dan mereka memutuskan untuk menjadi kawan sahaja. “Ya, saya sudah berpisah secara baik. Semalam, kami pergi ke mahkamah sama-sama dan dia lepaskan saya dengan talak satu.
“Selepas hidup bersama lebih kurang setahun, kami lebih mengenali diri masing-masing. Selepas perbincangan, kami rasa lebih selesa sebagai kawan sahaja, bukan pasangan suami isteri,” kata Alicia kepada Gempak. Alicia atau nama sebenarnya, Raja Alicia Raja Amin, memaklumkan proses lafaz talak telah berlangsung di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Rabu. Biarpun masih mempunyai perasaan sayang, namun Alicia akur dengan ketentuan jodoh mereka hanya setakat ini sahaja. “Kami kahwin cara baik dan berpisah pun cara baik. Saya masih sayangkan Farzan dan dia pun seorang lelaki yang baik cuma, jodoh kami sampai sini sahaja.
“Saya tak nak buruk-burukkan bekas suami kerana itu bukan cara saya. Kami sibuk dengan kerjaya masing-masing. Dia selalu di klinik sebab kerja sebagai doktor, saya pula selalu ke sini ke mari atas urusan kerja juga. “Saya berada di Bali, Indonesia selama lebih kurang sebulan dan lepas balik, memang dah fikir, sampai di sini sahaja jodoh kami. Dia dah keluar dari rumah cara baik dan saya doakan yang terbaik buat Farzan,” ujarnya. Terdahulu, Alicia berkahwin dengan Farzan di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara pada Februari tahun lalu dan pasangan itu belum dikurniakan cahaya mata.
Sumber, gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.