Dato Aliff Syukri bakal keluarkan lagu raya terbaru, Datin Shahida luah rasa redha bila suami buat hal macam tu

Sebut sahaja nama usahawan terkenal ini, pasti ramai yang lebih mengenalinya disebabkan tingkah lakunya yang begitu berseloroh sehingga sering menuai kritikan para warganet. Apa sahaja yang dilakukan oleh dirinya pasti mendapat maklum balas yang kurang memuaskan serta negatif! Terbaharu, isteri kepada usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri iaitu Datin Nur Shahida memaklumkan dia redha atas ujian yang menimpa dirinya sehingga menggelarkan dia merupakan insan terpilih kerana sering menjadi tumpuan kritikan disebabkan pe’el suaminya itu.

Menerusi video di laman TikTok, baru-baru ini ibu kepada Aliff Syukri iaitu Bonda Rozita Ibrahim memuat naik sebuah video yang memaparkan menantunya, Datin Seri Nur Shahida mengadu bahawa suaminya sering buat hal ketika menjelang raya. Kata Shahida, Aliff bakal melancarkan sebuah lagu raya lagi dan meminta kepada ibu mentuanya itu untuk bersedia menerima tempias. “Mak bersedia ya dengan kritikan warganet. Saya dah reda… lagu raya bakal dilancarkan. Lagu cak apatah lagu dia. Saya tak ikut tapi saya tahulah mak setiap kali buat lagu raya ada isu. Kita reda ja lah ye, kita insan terpilih” kata Datin Shahida. Klik sini untuk lihat video.

Kongsinya lagi, Shahida sempat berseloroh menyatakan bahawa dia hanya mengendahkan keinginan suaminya itu kerana sedang hamil dan risau meryn. Hal yang demikian kerana dia mengetahui bahawa lagu yang bakal diterbitkan itu pasti meraih kritikan ramai sehingga kadangkala boleh mengganggu emosi seseorang apatah lagi dirinya sedang sarat mengandung ketika ini. Bukan itu sahaja, harus diingatkan bahawa ibu yang sedang hamil harus hindar daripada sebarang tekanan buruk yang boleh menganggu kesihatan mental dan fizikal.

Ini kerana ianya memberi kesan kepada sang bayi. Menurut sumber, beberapa kajian mendapati bahawa peningkatan kortisol ibu (hormon stress) boleh menyebabkan kehamilan lebih pendek dan mungkin mempengaruhi perkembangan bayi. “Saya akan tutup Instagram saya. Jangan tengok selama tiga minggu. Takut dalam pantang mer0yan,” gurau Shahida. Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan aduan Shahida dan menyatakan bahawa warganet juga insan terpilih untuk reda dengan perangai Aliff Syukri.

Tahun lalu, Aliff Syukri menghasilkan sebuah lagu raya berjudul ‘Kelepok Raya’, namun menerima pelbagai krit1kan apabila muzik video lagu tersebut didkwa mempunyai unsur tak elok. Bukan itu sahaja, pakaian penari-penari itu turut dikritik orang ramai kerana tidak bersesuaian dengan imej masing-masing yang mengenakan songkok di dalam video berkenaan. Tahun ini apa pula agaknya kelainan yang bakal ditampilkan, untuk mengetahui lebih lanjut nantikan pemakluman menerusi instagram milik usahawan terbabit.

Sumber: TTK. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version