Dah lama berhasrat nak bertudung, Almy Nadia akui pakai tudung kerana Allah bukan sebab suami dan keluarga

Pelakon Datin Almy Nadia mengakui sudah lama berhasrat bagi mengenakan hijab tetapi berdepan perasaan berbelah bahagi kerana bimbang jika suaminya, Datuk Fizz Fairuz ‘mencari’ wanita lain. Menurut laporan Harian Metro, namun selepas mereka berbincang, pelakon berusia 37 tahun itu nekad melakukan penghijrahan sejak Jun tahun lalu. “Saya mula berubah secara perlahan-lahan bermula dari segi pakaian termasuk memakai baju yang longgar selain mula memakai selendang untuk menutup rambut ketika di luar rumah.

“Saya juga mula berhijab sepenuhnya ketika mengambil anak di sekolah yang berhampiran Masjid Wilayah dan seterusnya ketika terbabit dalam program Majalah Keluarga di Legoland pada tahun lalu,” katanya. Almy berkata, suaminya yang juga pelakon menyambut baik keputusan tersebut tetapi berharap dia membetulkan niat untuk berubah kerana Allah SWT. “Fizz cuma bertanya adakah saya benar-benar sudah bersedia berhijab dan dia juga meminta saya betulkan niat berhijrah kerana Allah dan bukan paksaan darinya atau ahli keluarga.

“Ahli keluarga saya dan mentua semuanya berhijab dan mereka juga sangat menyokong penghijrahan ini. Terus terang saya juga sudah puas bergaya dengan pelbagai fesyen baju dan rambut ketika zaman anak dara dan bentuk badan langsing dulu dan kini sampai masanya untuk saya berhijrah menjadi isteri, ibu dan hamba Allah yang lebih baik,” ujarnya. Ditanya mengenai aktiviti pada bulan puasa, pelakon drama Akukah Tanggang? itu banyak menghabiskan masa untuk menguruskan empat anak perempuannya yang masih kecil.

“Saya sibuk menguruskan anak-anak di rumah kerana anak yang bongsu, Nur Afrina Aishah masih menyusu badan. Saya juga mewajibkan dua anak, Nur Afrina Ariana, 8 dan Nur Afrina Aurora, 7 untuk berpuasa penuh. “Cuma Nur Afrina Ayra, 5, yang belajar berpuasa pada Sabtu dan Ahad kerana dia belajar di sekolah cina,” kongsinya lagi. Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014 dan dikurniakan Nur Afrina Ariana, 8, Nur Afrina Aurora 7, Nur Afrina Ayra, 5, Nur Afrina Aishah, 2.

Sumber: OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version