Umur baru nak masuk 2 tahun tapi dah jadi duta, Ayda jebat dan suami dah buat tabung untuk masa depan ank

“Pada awalnya saya risau. Bukan mudah untuk menjalani penggambaran dan sesi fotografi, orang dewasa pun penat, apatah lagi bayi.” Demikian kata-kata penyanyi dan pelakon Ayda Jebat ketika diminta mengulas mengenai rezeki anaknya, Ana Nayla yang mula dilamar menjadi duta untuk beberapa jenama. Menurut Ayda, dia dan suami, pengacara Nabil Mahir meletakkan syarat sekiranya mahu mengambil Nayla menjadi duta. “Nayla bakal menginjak usia dua tahun pada September ini. Mula-mula memang saya dan suami risau, takut Nayla penat mahu menjalani penggambaran atau sesi fotografi. Namun, saya fikirkan ini rezeki anak. Barangan yang mahu menjalin kolaborasi pun sesuai untuk bayi dan kanak-kanak. Nayla pun memang menggunakan jenama terbabit.

“Jadi, kami letakkan syarat jika mahu melakukan sesi penggambaran dan fotografi, mestilah ia dihabiskan secepat mungkin. Syukur, ketika ia berlangsung, Nayla memberikan kerjasama yang baik dan dia suka dengan suasana di set penggambaran. Kami memberikan Nayla rehat secukupnya serta memainkan lagu kegemarannya ketika sesi terbabit,” kata Ayda. Ayda ditemui di majlis pengumuman dirinya, Nabil dan Nayla sebagai duta Chicco, jenama barangan bayi dan kanak-kanak terkemuka Itali, baru-baru ini. Selain itu, Chicco turut melancarkan produk terbaharu mereka iaitu ‘sterilizer’, ‘dryer’, ‘bottle warmer’ dan ‘MYSA stroller’.

Menganggap peluang yang diberikan Chicco sebagai rezeki, Ayda menyimpan semua bayaran yang diterima Nayla dalam akaun simpanan. “Nayla sudah ada akaun bank sejak usianya enam bulan. Semua bayaran yang diterima Nayla disimpan dalam akaun miliknya. Selain itu, saya dan suami juga memperuntukan bayaran yang kami terima dalam setiap kerja seni dan kerjasama dengan jenama untuk Nayla. “Kerjasama Chicco ini memang kami anggap rezeki Nayla. Kami memang menggunakan produk ini semenjak Nayla lahir dan ia memang berkualiti serta mudah untuk digunakan. Semoga apa yang diterima Nayla boleh digunakan untuk pendidikan dan masa depan Nayla,” katanya lagi.

Kredit, XTra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version