Baru berusia 3 tahun dah jadi cikgu, ramai yang geram bila tengok gelagat anak Tya Ariffin

Anak perempuan kepada pengasas produk kecantikan Tya Ariffin iaitu Azzahra Jiwa sering menjadi perhatian ramai dengan kecomelan serta kepetahannya bercakap.  Meskipun baru berusia tiga tahun, Azzahra atau mesra dipanggil Ara sudah pandai mengira dan mengenal huruf.  Hal ini dapat dilihat menerusi perkongsian terbaru Tya mengenai anak perempuannya sedang mengajar sepupu – sepupunya.  Dengan suara yang lantang, Ara sabar mengajar mereka berdua huruf dan nombor serta dalam bahasa Mandarin.  Salah seorangnya adalah anak kepada pelakon Izara Aishah iaitu Alaia yang kini berusia dua tahun, turut serta bermain bersama. Klik sini untuk lihat video.

Ara ada buat part time cikgu, cikgu alpahabet, cikgu maths and mandarin. Setakat ni dah ada 2 student, Alayna Alaia,” kongsi Tya. Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet turut terhibur serta memuji kepandaian Ara yang tekun mengajar sepupunya. Kredit Sinar Viral. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version