Jadi isteri dan ibu bukanlah sesuatu yang mudah, demi ank Anzalna Nasir sanggup tolak banyak tawaran kerja

Anzalna Nasir uruskan rumah sendiri tanpa pembantu. Bergelar isteri dan ibu bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi buat wanita yang bergelar selebriti. Pelakon cantik bertubuh genit, Anzalna Nasir kehadirannya di kaca TV sememangnya sangat jarang kelihatan. Sejak bergelar ibu kepada dua cahaya mata, Anzalna semakin memperlahankan kerjaya seninya dan memberi tumpuan kepada si cilik kesayangannya. Ketika bertemu dengan Anzalna baru-baru ini, sebenarnya dia masih aktif dalam seni dan hanya memperlahankan langkahnya. Ibu kepada Mohamad Eidress, 3, Mohamad Emirhan, 10 bulan ini juga akui kehidupannya semakin sibuk.

Apatah lagi dia tidak mendapatkan khidmat pembantu dalam menjaga anak-anaknya. “Kehidupan saya berubah seratus peratus selepas bergelar ibu. Daripada seorang anak, kini dua, saya gembira dapat menguruskan mereka sendiri di rumah, tanpa mengambil pembantu. “Sejak ada anak, fokus utama saya adalah keluarga. Malah saya sanggup tolak banyak tawaran berlakon kerana anak. Saya jenis ibu yang begitu. Anak adalah segala-galanya. Suami tidak pernah meletakkan sebarang syarat, tetapi saya sendiri yang mengambil pendekatan itu,” kongsi Anzalna membuka bicara.

Menyentuh tentang Ramadan Anzalna akui dia semakin sibuk. “Ramadan tahun lalu, saya sedang hamil anak kedua dan saya hanya fokuskan pada kandungan sahaja. “Tahun ini kesibukannya pasti berganda, tetapi saya sudah bersedia. Sejak dulu saya memang sentiasa teruja menantikan Ramadan dan perasaan itu menjadi lebih lagi apabila sudah bergelar isteri dan ibu. Saya harap Ramadan kali ini dapat dijalani dengan penuh makna,” ungkap Anzalna. Anzalna cukup bertuah kini dilantik sebagai wajah kempen Flora Nostalgia Raya oleh Isetan Kuala Lumpur.

Kempen yang menghimpunkan koleksi Aidilfitri oleh 25 jenama fesyen terkenal tanah air itu diinspirasikan daripada corak bunga-bungaan tekstil Melayu tradisional dengan sentuhan moden itu jadi perhatian beliau yang sinonim dengan gelaran ikon fesyen oleh para peminatnya. “Saya suka cantik dan bergaya pada hari raya, terutama pada raya pertama dan kedua. Biarpun sibuk menguruskan anak, saya tetap akan memberi perhatian kepada perkara ini kerana raya hanya setahun sekali. Saya berbesar hati menjadi sebahagian daripada kempen Raya Isetan dan tertarik dengan tema serta koleksi Flora Nostalgia Raya sangat cantik dan mempesonakan.

“Dalam masa sama, saya juga teruja untuk berkongsi minat dalam fesyen dan gaya peribadi saya dengan orang ramai,” luah Anzalna. Sumber: TTK. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version