Terus teringat dekat Zahirah Macwilson, ramai yang teruja bila tengok Puteri Balqis cakap bahasa Inggeris

Sebut sahaja nama pelakon, Puteri Balqis tentu ramai yang mengenalinya sejak dia bergelar pelakon kanak-kanak. Bakat anak seni ini sebagai pelakon mendapat sokongan ramai apabila dia begitu hebat dalam menghayati watak. Kisah Puteri Balqis bagaimanapun kembali menjadi tumpuan selepas dia mula aktif semula dalam dunia lakonan dan kisahnya juga menjadikan orang ramai tidak henti-henti memberikan sokongan buat dia dan ibunya.

Walau bagaimanapun, pelakon remaja ini mendapat perhatian lagi apabila satu rakaman video yang menunjukkan Puteri Balqis menjawab pertanyaan dalam bahasa Inggeris mengundang orang ramai kagum. Puteri Balqis dilihat menjawab beberapa pertanyaan mengenai wanita. Perkongsian Enbooth tersebut membuatkan orang ramai kagum kerana Puteri Balqis tidak hanya merupakan pelakon bebakat besar malah diusianya itu dia dilihat sangat matang dan pandai. Malah melihatkan Puteri Balqis bercakap Inggeris dengan lancar dalam rakaman video tersebut, warganet memberikan pujian kerana merasa kagum dan dalam pada masa sama kerana caranya bercakap itu, ada juga yang teringat akan pelakon, Zahirah Macwilson. Klik sini untuk lihat video.

Sumber: Syor.

Exit mobile version