Pelakon dan usahawan Zarina Zainuddin berkongsi gelagat anaknya, Azal di laman Instagram (IG) ketika dalam sebuah penerbangan yang dipercayai sebentar tadi. Menerusi hantaran di Instagram, Zarina memuat naik beberapa rakaman video yang menunjukkan gelagat dan usaha Azal untuk mengambil gambar bersama tiga orang pramugari yang berada di dalam penerbangan tersebut. “Azal oh Azal. Saya duduk seat bahagian depan jadinya dah keluar awal dah. Saya ingat dia pergi tandas ke…rupanya dia pergi selfie dengan stewardess.” Klik sini untuk lihat video.
Hal itu meraih perhatian warganet yang menggangap momen tersebut lucu dan tidak disangka-sangka. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji gelagat Azal yang mencuit hati. Selain itu, terdapat juga warganet yang sempat berseloroh dengan kejujuran Azal yang hanya ingin bergambar dengan wanita cantik.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Akui ada betulkan hidung sikit, Zarina Zainuddin dedah perkembangan terkini pasal masalah sinus. Pelakon Zarina Zainuddin berkongsi perkembangan terkini mengenai masalah sinus yang dihidapinya sebelum ini. Tidak pernah menyangka akan mengidap penyakit itu, Zarina berkata dirinya bersyukur apabila masalah tersebut semakin pulih selepas menjalani operasi membuang cecair yang terkumpul di kawasan wajahnya. “Alhamdulillah keadaan sinus saya semakin berkurang, cuma ada sedikit sahaja lagi di bahagian sebelah hidung yang tinggal. Masa saya operasi dan buka di bahagian hidung doktor dah buang cecair tersebut, tetapi katanya cecair itu akan bergerak. Migraine saya pun sudah semakin baik.
“Saya tak tahu langsung ada sinus, setahu saya anak saya yang Azal tu ada sinus. Masa saya pergi luar negara, cuaca sejuk sehingga buat hidung saya jadi gatal. Kemudian check doktor dia kata itu sinus,” katanya. Zarina berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Star Vendors KLCC Mega Raya Fest 2023 yang diadakan di ibu kota pada Khamis. Dalam masa sama, aktres tersebut turut mengakui usai menjalani operasi membuang cecair, dia ada melakukan operasi di bahagian hidung agar kelihatan lebih cantik. “Lepas saya oeprasi dan buang cecair tu saya repair la hidung saya sikit, tak ada la buruk sangat hidung saya. Saya ini pelakon tak akan nak biar muka tak cantik kan.
“Saya tak adalah ubah sangat hidung ini, kalau betul-betul buat baik saya tegakkan lepas itu mancungkan hidung ini,” ujarnya. Selain itu, Zarina turut berkata dirinya enggan mengambil pusing mengenai cakap nakal warganet yang cakap dirinya membuat operasi muka tanpa usul periksa. Lantak la orang nak cakap, nak kata saya buat muka ke apa ke, biarkan. Haters gonna hate, terangkan macam mana pun kalau dia tak suka sama juga. Saya ini pun dah tua, malas nak fikir pasal masalah. Nanti saya jadi orang tak betul layan manusia. Tak elok asyik nak marah dan dengki dengan orang. Kena selalu positif,” tambahnya.
Kredit: Gempak.