Perasaan sayang itu sangat subjektif. Saya sayangkan dia sebagai seorang bapa kepada anak-anak saya. Antara kami mungkin jodoh sudah sampai di sini saja. Saya reda dengan apa saja yang Allah takdirkan. Demikian kata isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri ketika ditanya adakah masih menyimpan rasa sayang terhadap Hafidz setakat ini. Nurul Shuhada berkata, dia juga tak pernah larang Hafidz untuk bertemu anak-anaknya. Kalau kami masih bersama pun saya nak hubungan dia dengan anak-anak erat.
Saya hidup dalam keluarga yang normal, bukan berpecah-belah. Saya dengan abah saya pun sangat rapat sampaikan kami tonton perlawanan bola sepak bersama-sama. Saya nak lihat hubungan Hafidz dengan anak-anak pun begitu. Jadi, untuk Hafidz bertemu anak-anak memang tiada halangan. Dia boleh jumpa dan hubungi keluarga saya. Dia cuma tak boleh berjumpa saya saja,” katanya. Ditanya adakah Hafidz ada memberikan wang perbelanjaan atau nafkah untuk dia dan anak-anak, Nurul Shuhada memilih untuk tidak menjawab. Malah, beberapa kali Nurul Shuhada dilihat memandang wajah peguamnya, Nurfarhana Abd. Manaf bagi menjawab pertanyaan itu.
Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6; dan Umar, 2. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.