Muat naik video terbaru, tapi gelagat Datuk Aaron Aziz kunyah lirik buat ramai yang terhibur

Pelakon Datuk Aaron Aziz sekali lagi meraih perhatian dalam kalangan peminatnya selepas melihat gelagatnya membuat trend TikTok, baru-baru ini. Menerusi perkongsian di platform tersebut, Aaron telah memuat naik videonya yang membuat lips-sync lagu rap jawa yang berjudul Cintamu Sepahit Topi Miring nyanyian Jogja Hip Hop Foundation. Klik sini untuk lihat video.

Datuk Aaron Aziz menjadi topik bualan ramai, namun videonya yang menyanyikan lagu rap Jawa, Cintamu Sepahit Topi Miring mencuit hati ramai. Aaron berkongsi video tersebut dalam akaun TikToknya sehingga meraih lebih 1.5 juta tontonan dan 150,000 tanda suka. Kebanyakan pengguna TikTok terhibur dengan kelancaran dan aksi bersahaja Aaron menyanyi lagu rap bahasa Jawa itu.

Malah, ada yang berseloroh Aaron seperti menelan setiap patah lirik lagu tersebut. Ini bukan kunyah tetapi seperti sudah telan setiap lirik. Aaron terpaling tertelan lirik setakat ini, kelakar!” seloroh warganet. Menyedari perkara itu, rata-rata peminatnya meluahkan rasa kagum dan memuji sikap spontannya membuat trend tersebut menerusi ruangan komen.

Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version