Pelakon dan usahawan popular, Rozita Che Wan menasihatkan golongan wanita supaya mempunyai pendapatan sendiri sebagai persediaan untuk masa depan yang lebih terjamin. Menurut laporan Utusan Online, dia yang mesra dengan panggilan Che Ta berkata, perkara tersebut penting sekiranya berlaku situasi tidak diduga dalam rumah tangga seperti kematian atau ditinggal suami. “Ini termasuklah bila wanita itu terjebak dengan situasi kegnsan rumah tangga dan mempunyai suami jenis kaki pukul. Orang perempuan jangan jadi bodoh. Sekali lelaki naik tangan, kita angkat kaki keluar dari situasi toksik begitu.
“Buat laporan polis dan pemeriksaan di hospital, itu antaranya. Tetapi, paling penting, apa pun yang terjadi, orang perempuan kena ada kerja, cari duit sendiri dan jangan bergantung harap pada lelaki,” katanya. Pada masa sama, pelakon drama Jesnita itu tidak bersetuju sekiranya golongan wanita memberi peluang kedua kepada lelaki yang telah bertindak kasar terhadap mereka. “Tak usahlah percaya jika dia pujuk cakap minta maaf dan tidak akan buat lagi. Itu semua bohong. Kena ingat, awak kahwin dengan orang sama, bila dia dah berlaku kasar, dia tidak akan berubah.
“Sedangkan kita pun tidak berubah, jangan harap dia pun akan berubah. Jangan bagi peluang kedua kepadanya kerana dia masih orang yang sama tidak akan berubah,” ujarnya. Sementara itu, Che Ta juga mengakui kecantikan tidak menjadi jaminan bagi sesebuah rumah tangga itu kekal bahagia kerana menyifatkan kehidupan ‘tiada jaminan’. “Pokok pangkalnya keyakinan diri. Kalau cantik pun tidak bermakna ia mampu jadi sebuah jaminan yang rumah tangga kita akan kekal selamanya. Hidup kita dan apa yang kita lakukan ‘there is no warranty’ (tiada jaminan).
“Samalah dengan perkahwinan, kebahagiaan dan kecantikan pada hari ini belum tentu akan kekal. Lelaki mungkin tertarik dengan kecantikan kita tetapi dia akan bertahan dengan kebaikan. “Macam mana kita jaga makan minumnya, insya-Allah rasa sayang tidak akan pudar,” kongsinya lagi. Sumber, Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.