Buat tribute untuk arwh Rudy, Dayang luah rasa rindu nak dengan komen yang pedas dan sindirian dari Rudy

Penyanyi terkenal, Dayang Nurfaizah mengakui dia berasa tersentuh ketika menyampaikan lagu Menanti Di Ambang Syurga dendangan asal Datuk Ahmad Jais yang juga ‘tribute’ kepada penulis lirik, Allahyarham Rudy Imran Shamsudin. Menurut Dayang atau nama sebenar Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 41, dia juga berasa rindu untuk mendengar komen dari Rudy selepas dia menjayakan sesuatu persembahan atau konsert. Saya berasa rindu untuk mendengar komen Rudy yang pedas dengan sindiran tetapi saya faham komennya bermaksud positif kerana kami kawan.

Kalau arwah ada di sini pada konsert malam ini, dia mesti berasa gembira dan bangga dengan saya,” katanya kepada Harian Metro. Dayang ditemui pada sidang media selepas konsert Dayang Nurfaizah & Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO): Belagu yang berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) di sini, malam tadi. Berkongsi kenangan bersama arwah Rudy, kata Dayang, mereka pernah bersama-sama melakar sejarah dalam bidang seni tanah air. Arwah pernah bersama saya ketika kami melakar sejarah menerusi lagu Lelaki Teragung yang menjuarai Anugerah Juara Lagu ke-31 (AJL31) dan lagu Di Pintu Syurga. Sebab itu, saya mahu buat tribute kepada arwah dalam konsert berprestij ini menerusi lagu klasik Di Ambang Syurga,” katanya.

Ditanya mengenai lagu Di Ambang Syurga itu, kata Dayang, ia juga susah dan berat untuk disampaikan pada konsert berkenaan. Sebenarnya, agak susah dan berat untuk saya menyampaikan lagu klasik yang menceritakan kehilangan orang yang tersayang ini. Sebab itu, saya buat juga tribute untuk arwah Rudy di pentas berprestij ini kerana saya tidak tahu bila dapat peluang lagi selepas ini. Untuk rekod, Allahyarham Rudy Imran atau nama penanya, Iman Imran, 47, yang juga bekas wartawan hiburan Harian Metro pergi menghadap illahi akibat knsr usus di kediaman keluarganya di Semenyih, Selangor pada 31 Mac, tahun lalu. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version