Pelakon, Elisya Sandha, 23, berkongsi sebuah video masakan di Instagram, baru-baru ini dan ia meraih perhatian segelintir pihak yang tertumpu kepada caranya memotong limau nipis. Menerusi video tersebut, Elisya memasak makanan yang diminta oleh suaminya, Uzair Haqimy iaitu mi segera goreng. Dia minta biasa kita bagi special… Kalau tak sayang, tak tahu la ek,” tulisnya di kapsyen. Berdasarkan pemerhatian, segelintir pihak tertumpu kepada cara menantu kepada penerbit Sheila Rusly itu dalam memotong limau nipis. Cara potong limau tu salah.. Kalau potong macam tu susah nak perah, kena potong melintang,” tulis seorang warganet. Klik sini untuk lihat video.
Bagaimanapun, Elisya tidak mengendahkan komen-komen tersebut. Sementara itu, ada juga segelintir peminat yang tampil memberi sokongan kepada Elisya untuk teruskan belajar memasak dan mengabaikan segala kritikan warganet. Sebelum ini, Elisya meluahkan perasaan bengang selepas dikatkan brblah dengan keluarga mentuanya, Sheila Rusly dan Jinggo. Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.