Mata kiri belum sembuh, Fasha Sandha tunggu masa untuk jalani operasi sebab tulang mata patah

Fasha Sandha yang berhadapan kejadian tak diingini sehingga cedera di bahagian mata, muncul di acara karpet merah Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 (TADS2023) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam ini.  Fasha yang tampil berkaca mata hitam ketika ditemui berkata, dia menunggu masa untuk menjalani operasi kerana tulang mata yang patah itu, menyebabkan terjadinya drh beku. 

Mata kiri saya belum sembuh sepenuhnya. Tapi, alhamdulillah saya tetap datang atas tanggungjawab untuk produksi. Sejujurnya, saya hanya jalankan komitmen saya.  Kemungkinan kena jalani operasi sebab walaupun dari luaran bengkak dah makin surut, tapi, tulang itu patah dan ada drh beku di dalam.  Apapun, saya kini sedang menunggu masa sesuai untuk perlu pastikan bengkak di muka surut dulu. Ditanya sama ada penglihatannya terjejas, Fasha memaklumkan bahawa mata kirinya memang terjejas dan turut memberi kesan lain seperti sakit kepala. 

Tak selesa langsung. Penglihatan tak berapa jelas di belah kiri, tapi di sebelah kanan tak ada masalah. Bila sakit mata, ia akan berkait dengan kepala. Ditanya sama ada dia akan kembali menjalani penggambaran, Fasha berkata, dia perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Untuk penggambaran, saya kena dapatkan keizinan daripada doktor sama ada boleh atau tidak untuk kembali bekerja semula. Fasha hadir ke acara TADS2023 dengan ditemani adiknya juga pelakon, Elisya Sandha. Terdahulu, Fasha terbabit dalam kejadian tak diingini di set penggambaran telefilem berjudul Anak Tuan arahan pengarah Along Kamaluddin, sekali gus luka di bahagian pipi dan mata kirinya. 

Fasha juga tercalon dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik dan Pelakon Antagonis Terbaik menerusi drama Khilaf Asmara di TADS2023. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version