Reda dekat mana mana memang ada orang dengki, Fauzi Nawawi akui dah bersedia nak hadap dengan sikap dengki manusia

Bergelar seorang usahawan, pelakon Fauzi Nawawi mengakui sudah bersedia untuk berdepan dengan sikap dengki manusia. Kata Fauzi atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Mohd Nawawi, 50, dia menganggap hal tersebut sebagai salah satu ujian dalam menguruskan perniagaan. “Saya reda sekiranya ada orang yang dengki melihat saya membuka perniagaan. Sebab apa sahaja saya buat pasti akan ada manusia yang iri hati, saya pernah berdepan perkara itu dahulu, cumanya saya tidak mahu kongsikan. Saya anggap sebagai usahawan akan ada sahaja ujian. Sekiranya perniagaan tidak berjaya saya anggap itu belum ada rezeki, namun selagi ada peluang untuk berusaha, saya akan buat sehabis baik.

“Di mana sahaja akan ada orang dengki dan itu tidak akan habis, saya tak perlu fikir perasaan hasad dengki manusia. Apa yang perlu saya fikir macam mana untuk perbaiki diri saya. Segalanya terserah pada Allah,” katanya. Fauzi berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran cafe miliknya Kafe Boi Boi yang terletak di Jalan Imbi, Kuala Lumpur pada Jumaat. Dalam pada itu, Fauzi akui bersyukur apabila impian dia dan rakan kongsinya, Jack untuk membuka kafe di Kuala Lumpur berjaya direalisasikan. Tambah Fauzi, kos untuk pengubahsuaian kafe tersebut yang asalnya sebuah banglo terbiar telah menelan belanja sekitar RM700,000.

“Saya bersyukur akhirnya dapat membuka kafe ini. Saya dan Jack datang survey rumah banglo yang terbiar di sini dan kami mengambil keputusan untuk jadikan tapak itu sebagai kafe. “Kami mengeluarkan kos dan habis sekitar RM600,00 hingga RM700,000 untuk pastikan kafe ini siap sempurna,” tambahnya. Menarik lagi, kafe tersebut turut menyediakan kemudahan surau dan Fauzi memberi jaminan seluruh tenaga kerja yang digunakan merupakan orang Muslim.

Pada majlis tersebut, Fauzi turut memperkenalkan satu menu baharu iaitu Mi Ramping yang merupakan resepi air tangan isterinya iaitu aktres Lisdawati. “Mi ini resepi daripada saya sendiri. Apa yang special tentang mee ini terletak pada sambal, itu rahsia pada keenakan Mi Ramping. “Sebelum saya yakin untuk masukkan Mi Ramping dalam senarai menu di Boi Boi, saya terima feedback yang baik daripada suami, anak-anak dan rakan-rakan yang sudah mencuba mi itu.

“Mereka kata sedap dan minta saya komersial kan Mi Ramping kerana mi itu masih kurang di pasaran, jadi sempena Ramadan kali ini, sesiapa yang ingin menikmati Mi Ramping boleh datang ke kafe” kata Lisdawati. Kafe Boi Boi telah dibuka sejak pertengahan Januari lalu. Selain Mee Ramping, menu istimewa yang dibawakan daripada Borneo iaitu Sabah dan Sarawak turut menjadi pilihan pelanggan yang datang. Bersempena Ramadan juga, Kafe Boi Boi turut menyediakan promosi istimewa sepanjang bulan puasa dengan harga yang ditawarkan sangat berpatutan. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version