Pelakon dan pengacara, Ain Edruce dan suami, Amirul Hafiz sekali lagi jadi perhatian peminat selepas berkongsi video di akaun TikTok miliknya. Menerusi perkongsian tersebut, Ain kelihatan bernyanyi lagu yang dipopularkan oleh Mahalini berjudul ‘Sial’ sambil berbaring dan ditarik oleh suaminya seolah-olah sedang membuat penggambaran video lagu tersebut. Bagaimanapun, apa yang jadi perhatian adalah tindakan Amirul yang hanya menggunakan kain alas berwarna coklat sebagai props Ain. Mungkin Mahalini boleh cuba konsep ni untuk muzik video (MV) dia.. Tapi crew production kena betul.. crew aku ni jenis cepat penat. Tarik aku pun tak lepas.
Dalam perkongsian tersebut, Amirul kelihatan terhibur dengan gelagat Ain sebelum terduduk kepenatan gara-gara melayan isterinya. Setakat ini artikel tersebut telahpun meraih lebih satu juta tontonan sejak ia dimuat naik. Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat terhibur melihat pasangan ini yang disifatkan sangat ceria walaupun pada hakikatnya, ekspresi wajah Amirul seringkali dilihat tidak mempunyai perasaan.
Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.