Penyanyi Hael Husaini sekali lagi mengundang rasa kurang senang dalam kalangan warganet selepas melihat penampilannya mengenakan seluar pendek atas lutut, semalam. Menerusi perkongsian di Instagram, Hael telah memuat naik fotonya yang turut memperagakan baju berona kuning bersama sebuah beg tangan berjenama, Prada. Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya. Namun, ada juga yang menasihatkan agar penyanyi lagu Jampi itu untuk memakai seluar panjang agar kelihatan lebih sopan.
Kredit, Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Muka dah macam Michael Jackson, akhirnya Hael Husaini tampil dedah cerita sebenar. Kuala Lumpur – Penyanyi yang popular dengan lagu Jampi, Hael Husaini mengundang perhatian warganet di mana rata-ratanya memberi respon mengenai imej terkininya. Ramai yang perasan selepas berlaku banyak perubahan pada bahagian wajahnya di mana dia dikatakan melakukan sesuatu untuk kelihatan seakan-akan persis Korean. Perkongsian itu dihujani komen warganet yang terkejut melihat perubahan imejnya. Ada yang membuat persamaan dengan penyanyi terkenal antarabangsa Michael Jackson.
Malah, seorang individu turut persoal jika dia melakukan rawatan di bahagian bibir kerana sangat lain dengan Hael yang sebelum ini. Berpeluang menemubual pemilik nama lengkap Hal Husaini Razmi, soalan panas itulah diajukan kepadanya sebelum ini. Mengulas penampilannya seperti bintang KPop sehingga ada yang mengatakanmenggunakan teknologi moden demi untuk mendapatkan bentuk wajah dan kulit putih melepak seperti oppa, Hael enggan mengulas perkara itu. Sebaliknya, penyanyi kelahiran Seri Menanti, Negeri Sembilan itu mendedahkan, gaya dan penampilannya ditentukan oleh penata gaya.
Jujurnya, saya memang tidak pandai berfesyen atau melaram. Imej dan penampilan saya semuanya ditetapkan penata gaya. Jadi, lebih baik saya serahkan pada pakar. Dengan adanya bantuan penata gaya, peluang untuk saya bekerjasama dengan jenama antarabangsa semakin terbuka luas. “Saya pun tidaklah terlalu obses dengan kecantikan. Cuma, sebagai selebriti, saya kena sentiasa menjaga penampilan,” katanya. Dalam masa yang sama ada juga yang rindu melihat Hael dengan imej lamanya ketika mula-mula mengecap p.opulariti. Klik sini untuk lihat video.
Tidak dapat dinafikan, nama penyanyi popularm Hael Husaini atau nama sebenarnya Hal Husaini Razmi kerap menjadi bualan ramai kerana penampilannya yang agak berbeza berbanding dengan dahulu. Malah, baru-baru ini juga, menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, kelihatan penyanyi yang berusia 35 tahun itu sedang berbual dengan rakannya di sebuah majlis. Peliknya muka, nampak lain daripada sebelum ni. Dalam video yang berdurasi pendek itu, Hael yang memakai baju berwarna kelabu gelap sambil berbual dengan individu di hadapannya sambil membuat lenggok ‘lembut’ telah berjaya menarik perhatian warganet.
Bukan itu sahaja, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendakwa wajah Hael sangat pelik serta berbeza berbanding sebelum ini yang nampak lebih ‘macho’ dan kelakiannya lebih terserlah. Kredit, OM/BH.