Terdahulu, pelakon Hafidz Roshdi telah melepaskan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri dengan talak satu menerusi panggilan telefon bersaksikan keluarga isteri. Terkini, Hafidz dilaporkan membuat permohonan pengesahan lafaz talak selepas didakwa sudah melepaskan isterinya dengan talak satu di mahkamah Syariah Shah Alam, Selangor. Menurut laporan Harian Metro, pelakon berusia 29 tahun itu memohon mahkamah untuk meneliti setiap dakwaan berlakunya lafaz dari segi rukun dan syarat. Hafidz memberitahu mahkamah lafaz pisah terhadap isterinya dibuat tanpa niat.
Jadi dia memohon mahkamah untuk meniliti lafaz talak sama ada lafaz itu sah atau boleh menggugurkannya. Dalam pada itu, satu tarikh baharu bakal ditetapkan mahkamah untuk pengesahan lafaz pisah membabitkan pasangan itu. Sebelum ini, rumah tangga pelakon itu mula menjadi bualan hangat warganet selepas Shuhada membuat pendedahan mengenai hubungan suaminya bersama wanita dikenali sebagai Athira Yuhada. Info tambahan, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Shuhada pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Humairah, 6 dan Umar, 2.
Sumber, HM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.