Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Syazrina Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina berkongsi rasa teruja meraikan ulang tahun perkahwinan ibubapanya, Tan Sri Azman Hashim dan YM Tunku Arishah Tunku Maamor yang ke-60. Menerusi hantaran di Instagram, Mizz Nina dilihat memuatnaik foto ibu dan bapanya sedang memotong kek ulang tahun perkahwinan serta menitipkan ucapan istimewa di atas perkahwinan yang sudah memasuki usia 60 tahun yang sangat indah, malam tadi.
Alhamdulillah ia adalah ulang tahun perkahwinan ibu bapa saya beberapa hari yang lalu, saya tak pasti jika saya harus post pasal ini, tetapi saya rasa ia terlalu istimewa untuk tidak berbuat demikian , 60 tahun cinta dan perkahwinan adalah anugerah yang rare dan indah dari Allah, apabila saya renungkan, ia memerlvkan banyak keimanan, keberanian, kasih sayang, kesabaran, pengorbanan, well-wishing & kerja berpasukan untuk melaluinya.”-titip Mizz Nina. Saya bukanlah pakar dalam perkahwinan..Tetapi satu perkara yang pasti, jika seseorang itu ditakdirkan untuk anda, seperti yang dirancang Allah, dia akan sentiasa ditakdirkan untuk anda. Love you both so much & saya doakan semoga Allah terus mencurahkan kasih sayang, rahmat, perlindungan keampunan, barakah, kesihatan yang baik & iman yang kuat hingga ke Jannah Aameen.”-tulis Mizz Nina lagi.
Kredit Soya Lemon. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.