Ambil masa lebih kurang sejam, tular individu ini naikkan seekor ikan air tawar seberat 100.69kg

Seorang pemancing Britain menaikkan seekor ikan air tawar raksasa seberat 100.69 kilogram (kg) yang mengheret botnya sejauh hampir 1.6 kilometer selepas bergelut selama sejam dalam suhu sejuk di Sepanyol, lapor portal berita MailOnline kelmarin. Ditch Ballard, 37, sedang memancing ikan kap di tebing Sungai Ebro apabila makhluk berukuran panjang 2.74 meter itu memakan umpan sekali gus dapat dipancingnya baru-baru ini. Ikan air tawar spesies Catfish itu kemudian melompat ke dalam bot aluminiumnya sepanjang 3.65m dan Ballard mengerahkan seluruh kekuatan untuk mengalahkan hidupan tersebut dalam pertarungan terhebat sepanjang dia bergelar pemancing.

Ballard terpaksa berdepan dengan suhu sejuk ketika cuba menimbang serta mengukur ikan raksasa itu sebelum melepaskannya semula ke dalam air. Ia adalah pertarungan terbesar dalam kerjaya memancing saya. Berat ikan itu adalah kurang 11.79kg untuk rekod tangkapan ikan air tawar di Sungai Ebro. Ballard yang berpindah dari Watford ke selatan Catalonia enam tahun lalu mengendalikan syarikat percutian memancing, Ebro Mad Cats. Dia berkata: “Ketika suhu -3 darjah Celsius, kesejukan angin sebenarnya membuatkan saya berasa tidak tertanggung (untuk memancing).”

Ballard yang menggunakan pelet halibut termasuk jagung manis sebagai umpan, merakamkan gambar tangkapannya sebelum melepaskannya semula ke dalam sungai. Rekod dunia untuk ikan air tawar Eropah terbesar yang pernah ditangkap ialah seberat 134.717kg pada 2010 oleh Attila Zsedely di Itali. – Agensi

Kredit Kosmo. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version