Selalu nampak jenama mewah dekat situ, akhirnya tercapai juga impian El Azman hiasi papan iklan besar di tengah Kuala Lumpur

JENAMA pakaian tempatan, Elrah Exclusive mencipta sejarah tersendiri apabila iklan koleksi baju raya terbaharunya menghiasi papan iklan elektronik gergasi pada di bangunan TSLaw bersebelahan menara Tun Razak Exchange (TRX) sejak 15 Mac lalu. Malah jenama tempatan itu mencipta rekod sebagai produk tempatan pertama menghiasi iklan di lokasi berkenaan yang selama ini didominasi jenama mewah antarabangsa. Iklan berkenaan yang terpampang setiap malam dari pukul 8 malam hingga 12 tengah malam selama tempoh dua bulan itu dianggarkan menelan kos jutaan ringgit. Pengasas jenama Elrah Exclusive, Mohd Hilmi Che Azman atau El Azman berkata, pihaknya optimis dengan usaha dilakukan dan bukti ia tidak mustahil dilakukan oleh produk tempatan.

“Kalau selama ini sewaktu melalui jalan berdekatan bangunan itu kita sering lihat jenama mewah seperti Loius Vuitton, Gucci, Mont Blanc dan sebagainya terpampang di skrin. Tapi sekarang saya bangga dan puas melihat Elrah Exclusive terpampang di papan iklan elektronik itu. Semuanya tak mustahil dan menjadi cacatan manis dalam perjalanan mengukuhkan jenama ini sejak 2014,” katanya. Selain memaparkan wajahnya, iklan raya itu turut menampilkan selebriti berpengaruh seperti Meerqeen, Khai Bahar, Ben Amir serta pelakon drama Projek: High Council iaitu Amir Ahnaff, Hazeeq Deen dan Fadhli Masoot selain dua bintang TikTok, Aabias dan Wan Chai.

Lebih mengundang perhatian, El Azman turut memaparkan wajahnya bersama pengedar yang juga pemilik dua butik Elrah Exclusive di Setapak Kuala Lumpur dan Melaka iaitu Syed Ahmad Syed Salim. “Jika diperhatikan iklan itu memang khusus diletakkan dua nama butik kendaliannya di Platinum Walk Setapak dan Pantai Klebang Melaka. Saya puji usaha dan semangatnya. “Dia juga antara anak muda yang menjana pendapatan menerusi jenama ini. Syed Ahmad juga antara 36 pengedar atau pemilik butik Elrah yang beroperasi di seluruh Malaysia. “Tak hanya di Malaysia, kita mempunyai 29 cawangan di Thailand, dua di Brunei dan dua di Indonesia. Secara keseluruhan kita mempunyai lebih 1,000 ejen di seluruh negara,” katanya.

Berkongsi mengenai Syed Ahmad, El Azman percaya, usahawan itu adalah bukti jika seseorang itu mempunyai kemahuan, pastinya akan menemui jalan dalam mengecap kejayaan. Katanya, pemuda berusia 26 tahun itu yang sebelum ini berniaga secara kecil-kecilan selama dua tahun mula terjerebak dengan Elrah dan sejak itu dia menunjukkan minat dalam meneruskan legasi empayar yang dibangunkan. “Kebetulan baju jenama saya bangunkan tular, dia menyatakan keinginan untuk turut serta menjadi pengedar selain menyerap ilmu perniagaan. Diam tak diam, sudah tujuh tahun dia menjana pendapatan dengan Elrah Exclusive,” katanya. Bersempena dengan kedatangan Aidilfitri tahun ini, El Azman menyasarkan jualan sebanyak RM250 juta setahun bagi produk seperti baju Melayu, jubah serta kurta.

Sumber: MStar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version