Sesungguhnya Allah sebaik baik perancang, isteri Aaron Aziz luahkan ini untuk pertahankan suami

Isteri kepada pelakon popular Aaron Aziz, Diyana Halik meluahkan rasa sedih dan kesal atas apa yang menimpa suaminya. Hal ini disebabkan konflik yang berlaku antara Aaron Aziz dan pengarah filem, Syamsul Yusof yang mula berpanjangan. Seperti yang sedia maklum, konflik yang tercetus ini disebabkan tindakan pengarah yang menggugurkan nama Aaron Aziz daripada filem The Original Gangster yang dikhabarkan disebabkan masalah kesihatan yang dialami pelakon itu. Menerusi postingnya di Instagram, Diyana Halik menjelaskan beliau tidak menyangka akan melalui detik sukar sebagai pengurus kepada suaminya kerana beliau banyak menangis sepanjang pengurusan projek lakonan filem tersebut.

“Bismillahirahmanirrahim. After calming myself in this peaceful Ramadan night, I am editing this post. I was overwhelmed by my emotions. So taken aback by what i saw all over internet. My heart ached with all the body shaming. My heart ached when my hubby was humiliated. All this while i have never taken to social media and have always kept my cool. This time i just couldnt take it and jumped in to protect my hubby. Maybe because i saw my hubby’s effort and commitment. It was never about rezeki being taken away as i believed in Qada and Qadr. It was purely disrespect. Subhan Allah.

I cried buckets for this project. Never in my life as a manager have i went through such pain. Lesson learnt here is, nak ALL out berpada pada kita tengok untuk siapa. Berbudi dan berbahasa sangat penting. Thank you Allah swt for protecting my husband from this project. Allah swt knows best and is the best planner. Alhamdulilah. May Allah the Most Merciful grant Syamsul Yusof ease and guide him Ameen. Ya Allah Ar Rahman Ar Rahim please forgive me, and grant my Hubby and I strength Ameen”

Menurutnya lagi, beliau tidak pernah berkongsi apa-apa di media sosial dan hanya bersikap tenang, namun kali ini hatinya sakit dan berasa terpanggil ke depan untuk mempertahankan suaminya. Menerusi perkongsian tersebut, isteri kepada pelakon itu menjelaskan situasi ini banyak mengajarnya untuk melihat dengan siapa kita perlu meletakkan kesungguhan, dan dalam masa yang sama berbudi bahasa sangatlah penting.

Di perkongsian awal, Diyana mendedahkan suaminya mengalami kecederaan tulang belakang adalah berpunca dari penglibatan beliau dalam filem KL Gangster namun, posting tersebut dipadam dan diubah selepas ianya meraih perhatian ramai. Tambah Diyana lagi, beliau bersyukur kepada Allah kerana melindungi suaminya dari meneruskan projek lakonan ini. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang dan sebaik-baik pelindung. Luahan daripada isteri Aaron Aziz telah mendapat perhatian daripada warganet yang rata-ratanya memberikan kata semangat buat isteri pelakon itu.

Sumber: OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version