Suami sibuk cari duit, isteri tergamak lari dengan bapa mertua sampai sanggup tinggalkan ank usia 6 bulan dekat rumah

GAMBAR SEKADAR HIASAN

Seorang lelaki nekad membuat laporan polis terhadap bapa kandungnya yang dikatakan menganggu isterinya sehingga wanita itu bersetuju melarikan diri bersamanya. Memetik laporan Oddity Central, lelaki terbabit iaitu Pawan Vairagi memberitahu bahawa dia sering bekerja di luar dan berjauhan dengan isterinya. Kemungkinan dalam tempoh tersebut, Ramesh Vairagi mengambil peluang dengan menghabiskan masa bersama menantunya (isteri Pawan) sehingga mereka berdua jatuh cinta.

Lebih menyedihkan apabila wanita itu tergamak melarikan diri bersama Ramesh dan tinggalkan Pawan serta anak perempuan mereka yang baru berusia enam bulan. Susulan daripada itu, Pawan bertindak membuat laporan polis dengan mengatakan bapanya merampas isterinya serta ambil basikal miliknya yang digunakan oleh pasangan itu untuk melarikan diri. Namun Pawan menganggap isterinya itu tidak bersalah sebaliknya semua yang berlaku berpunca disebabkan Ramesh.

Sumber, OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version