Penghibur legenda tanah air, Datuk Jamal Abdillah masih mencari nama bagi cahaya mata perempuan yang akan dilahirkan secara operasi pada 1 April nanti. Menurut laporan BH Online, penyanyi berusia 63 tahun itu berkata, beliau dan isterinya Datin Zai Izzati Khiruddin sudah mempunyai kira-kira 100 nama tetapi belum memilih yang sesuai. “Saya masih belum jumpa nama yang menarik minat saya. Kalau nama panjang sangat, tidak berapa sesuai pula. Saya mahu nama anak itu sedap untuk dipanggil.
“Bagaimanapun, nama dipilih mesti membawa makna yang baik. Selain itu, nama Yamani mesti dikekalkan,” kata Jamal atau nama penuhnya Jamal Ubaidillah Mohd Ali. Sementara itu, penyanyi lagu Kekasih Awal Dan Akhir itu juga berharap perkara terseebut dapat diselesaikan sebelum tarikh kelahiran anak keenamnya yang tinggal hanya beberapa hari saja lagi. “Kami masih buat perbandingan nama yang sudah disenarai dan yang dicadangkan peminat. Semestinya kami mahu nama yang membawa makna baik dan sedap disebut. Kalau boleh, saya mahu dapatkan nama untuk anak keempat ini sebelum 1 April depan.
“Saya dan isteri pilih tarikh kelahiran anak keempat ini pada 1 April depan kerana sama dengan tarikh perkahwinan kami,” ujarnya. Untuk rekod, pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada 1 April 2017 dan dikurniakan tiga anak iaitu Nur Azura Yamani, 3; El Isaac Yamani atau Zack, 2 dan Iskandar Rayyan Yamani yang kini berusia setahun. Jamal turut mempunyai dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 22, dan Ahmad Zaki Yamani, 17 yang kedua-duanya penyanyi baharu hasil perkahwinan terdahulu.
Sumber: OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.