Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan aksi jemputan majlis perkahwinan yang memakai pelbagai jenis barang kemas dalam kuantiti banyak sehingga digelar ‘kedai emas bergerak’, lapor portal berita Wolipop. Video yang dikongsikan di laman TikTok itu menunjukkan kumpulan wanita separuh usia memakai pakaian dalam tona senada bersama perhiasan emas bersaiz besar yang memenuhi badan mereka.
Ada antara mereka turut memegang wang tunai serta mengira duit pada majlis tersebut. Menurut individu yang memuat naik video tersebut, Fahrozi, majlis perkahwinan itu berlangsung pada 12 Mac lalu di Bangkalan, Madura. Fahrozi yang merupakan seorang jurugambar berkata, dia sudah biasa melihat wanita di Bangkalan memakai barang kemas yang banyak. Penduduk Madura sama seperti etnik Bugis di mana mereka mempunyai budaya memakai semua barangan kemas yang ada ketika menghadiri acara perkahwinan,” kata Fahrozi. Video tersebut dimuat naik bersama keterangan berbunyi: “Mahukah anda mempunyai ibu mentua orang Madura, Ia kemudian menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen. Kedai emas bergerak,” kata seorang pengguna media sosial. – AGENSI
Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.