PELAKON Raysha Rizrose memberitahu kehidupannya sudah banyak mengalami perubahan selepas mendirikan rumah tangga dengan pelumba kereta Formula 3 (F3) iaitu Nabil Al-Jefri pada 23 Februari lalu. Raysha atau Farza Naquraisha Mohd Fariz, 27, bagaimanapun berkata, dia masih lagi dalam fasa cuba membiasakan diri dengan kehidupan sebagai seorang isteri malah masih banyak perkara perlu dipelajari tentang alam rumah tangga. “Alhamdulillah saya masih membiasakan diri sebagai isteri, masih banyak tanggungjawab yang perlu saya belajar memandangkan masih baru berkahwin.
“Apatah lagi apabila ada pasangan di rumah, tapi saya syukur dengan kehidupan sekarang dan kadang-kadang saya terfikir adakah ini maksudnya bahagia,” katanya. Dalam pada itu, Raysha berkata, dia berharap dapat dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat namun meletakkan perkara itu kepada rezeki dari Allah. “Tentang perancangan anak, saya memang tak sabar nak ada cahaya mata tapi buat masa sekarang kami tiada perancangan sekiranya ada rezeki saya terima,” ujarnya. Sumber: MStar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.