Dah 8 tahun tak aktif dalam industri, tak sangka rupanya ini kehidupan terkini Eja

Hampir lapan tahun tidak bergiat aktif dalam industri, aktres senior, Eja mendedahkan dirinya mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dan berehat seketika daripada bidang lakonan. Kata Eja atau nama sebenarnya, Siti Shahrizah Saifudddin tiada istilah merajuk, malah keputusan yang dibuat itu untuk memberi fokus kepada anak, pengajian Al-Quran dan perniagaan sambal miliknya. “Tiada istilah merajuk kerana saya sendiri buat keputusan untuk mengundurkan diri dan berehat kerana mahu memberikan fokus kepada anak saya yang memasuki tingkatan satu.

“Saya tolak tawaran berlakon kerana fokus saya ketika ini memang kepada anak dan pengajian saya. Alhamdulillah minggu lepas saya baru sahaja grad dalam pengajian Al-Quran dan Tajwid selama enam tahun. “Selama tujuh tahun dan masuk tahun kelapan tidak berlakon, saya menguruskan rumah tangga dan pengajian saya Quran serta perniagaan. Saya sibuk menguruskan perniagaan sambal yang kini sudah memasuki tahun kedua. Alhamdulillah, urusan perniagaan juga dipermudahkan,” katanya. Eja berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Suke TV yang berlangsung di ibu kota pada Khamis.

Ditanya adakah dirinya tidak merindui untuk muncul di kaca televisyen, aktres berusia 50 tahun itu berkata ketika ini jiwanya untuk kembali berlakon masih tiada. Bagaimana pun, tidak menolak kemungkinan pada masa hadapan kerana dia hanya mampu merancang. “Perasaan rindu itu belum ada lagi, belum timbul. Jadi jiwa dan roh itu belum lagi untuk kembali berlakon. Namun saya tidak berani mengatakan seratus peratus berhenti berlakon. Cuma buat masa sekarang ini saya boleh kata, saya berehat. Insyallah di masa akan datang saya tidak tahu. Saya sentiasa berdoa Allah permudahkan urusan perniagaan saya.

“Saya hanya mampu merancang, Allah sebaik-baik perancang. Andai suatu hari memang ditakdirkan saya kembali, saya berlapang dada,” tambahnya. Eja bakal muncul dalam salah satu rancagan terbitan Suke TV berjudul Suke Celeb Raya di mana dia akan mempromosikan sambal miliknya. Dalam pada itu, Suke TV turut memperkenalkan beberapa rancangan terbaharu sepanjang tahun 2023 termasuk Suke Tune, VC, I PC U, Pin Pin Siapa dan banyak lagi. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version