Tular video sambut ulangtahun kelahiran, BCL dikatakan dah ada kekasih baru

Nama lelaki dikenali, Tiko Aryawardhana kini menjadi hangat dan soroton utama warganet Indonesia selepas diuar-uarkan sebagai ‘kekasih baharu’ penyanyi dan pelakon, Bunga Citra Lestari atau BCL. Gosip tercetus membabitkan kedua-duanya berpunca selepas BCL memuat naik video sambutan ulang tahun ke-40 baru-baru ini yang dihadiri Tiko serta hubungan mereka dilihat oleh warganet sangat rapat dan mesra. Tiko yang berkhidmat dalam bidang perbankan juga berstatus duda tiga anak apabila didakwa sudah bercerai dengan isterinya, Arina Winarto, 44, pada akhir 2021. Difahamkan menerusi data perundangan yang tersebar, perpisahan Tiko dengan bekas isterinya disebabkan prblhan dan urusan nafkah.

Menurut laporan portal hiburan di Indonesia, BCL dan Tiko juga dikatakan kenalan lama sewaktu masing-masing melanjutkan pengajian di universiti yang sama, selain mereka mempunyai minat mendalam pada muzik. Kedekatan Tiko dan BCL juga diteruskan menerusi jaringan media sosial seperti Instagram apabila saling mengikuti di antara satu sama lain. Cuma, akaun Instagram Tiko ‘dikunci privasi’ yang hanya boleh dilihat oleh rakan-rakan saja. Sekalipun BCL masih ‘mengunci mulut’ berkaitan kisah cinta baharunya dengan Tiko, namun rata-rata warganet membuat andaian lelaki itu juga sering mengikuti BCL bersama anak, Noah Sinclair dan keluarga bercuti ke luar negara.

Ia dapat ‘dihidu’ warganet menerusi perkongsian gambar dan video percutian oleh BCL yang didakwa turut memperlihatkan bayangan sosok tubuh lelaki dan dikatanya itu adalah Tiko. Ini kerana, Tiko juga didakwa berada bersama-sama keluarga BCL ketika meraikan ulang tahun kelahiran bapanya selebriti itu. Secara tidak langsung, hubungan rapat dijalin mereka tidak boleh disangkal lagi. Terdahulu, BCL mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan pengacara kelahiran Malaysia, Allahyarham Ashraf Sinclair kini sudah tiga tahun bergelar balu selepas Ashraf meninggal dunia pada 18 Februari 2020 lalu akibat serangan jantung.

Sejak hidup solo, BCL sememangnya tidak terlepas dengan gosip cinta apabila dia dikaitkan rapat dengan beberapa selebriti lelaki terkenal Indonesia, termasuk Ariel Noah. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version