Tak nak kecewakan peminat, penganjur tambah satu hari lagi untuk konsert jilid akhir Ella

Atas permintaan luar biasa, penganjur Hitman Solutions menambah satu hari lagi untuk konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini pada 11 Jun depan. Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Hitman Solutions, Rohit Rampal, berkata mereka enggan mengecewakan peminat yang terlepas membeli tiket pada 10 Jun selepas licin terjual dalam tempoh 24 jam. Atas permintaan ramai yang menghantar mesej langsung dan ciapan di Twitter, kami memutuskan menambah satu malam lagi untuk konsert Ella. Kami akan merealisasikan perkara ini khusus buat peminat Ella. Penjualan tiket bagi malam kedua akan mula dijual esok, jam 12 tengahari di www.hitmanlive.com.

Semalam, Ella mencipta rekod baharu apabila tiket konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota ‘sold out’ dalam masa 24 jam sahaja bagi artis Malaysia yang pernah dianjurkan di Axiata Arena. Tiket konsert yang mula dijual jam 12 tengah hari kelmarin terjual sebanyak 50% hanya dalam tempoh dua jam sahaja. Bagaimanapun, penjualannya dihentikan buat sementara kerana lebih 25,000 membanjiri laman web menunggu untuk mendapatkan tiket. Kebanjiran itu mengakibatkan proses pembelian menjadi tergendala. Pihak penganjur segera menyelesaikan isu terbabit dan penjualan disambung semula pada jam 5 petang hari sama. Sebagai simbolik 35 tahun dalam industri muzik, Ella bakal menyampaikan 35 dendangan termasuk Sepi Sekuntum Mawar Merah, Standing In the Eyes of the World, Sembilu, Baldu Biru dan Retak.

Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version