Baru-baru ini, telah tular sebuah video di media sosial yang memaparkan seorang lelaki dipercayai berbangsa Jepun telah berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah. Namun, apa yang menarik perhatian warganet adalah, lelaki tersebut dilihat memakai pakaian sut pejabat yang lengkap semasa dia melakukan aktiviti pendakian tersebut. Setelah video itu tular di media sosial, ramai warganet yang terpukau dengan penampilan lelaki Jepun dan ada juga yang kagum dengan kegigihan lelaki itu yang memakai sut lengkap serta berkasut kulit untuk mendaki gunung yang tertinggi di Borneo dan Malaysia. Klik sini untuk lihat video.
Walaupun dia tidak memakai pakaian biasa yang digunakan oleh pendaki-pendaki gunung lain yang berbaju sejuk dan memakai kasut hiking, namun beliau berjaya menamatkan pendakian tersebut dengan selamat. Difahamkan lelaki Jepun yang bernama Sada Nobutaka San itu memberitahu, dia memakai pakaian tersebut kerana dipercayai dia mempunyai business meeting dan harus ke sana, lapor iloveBorneo.
Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan kagum dengan tindakan lelaki tersebut mendaki gunung menggunakan kasut kulit. Wahhh memang betul power la dia daki gunung tu! Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.