Pelakon Liyana Jasmay yang kini berusia 35 tahun itu meraih perhatian warganet apabila wajahnya langsung tidak dimamah usia. Menerusi video di TikTok, Liyana berkongsi videonya yang menukar gaya rambut dari panjang ke pendek. Pelakon ‘KAMI The Series’ itu dikatakan awet muda kerana mukanya yang tidak banyak berubah dari awal penglibatannya dalam industri hiburan. Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warganet memuji Liyana dengan gaya rambut barunya yang dilihat lebih kemas dan terurus. Selain itu, terdapat juga komen yang merindui untuk melihatnya kembali beraksi di kaca tv.
Untuk Info, Liyana pernah membintangi banyak filem hebat seperti Papadom, Kami The Movie serta Castello dan kini aktes ini aktif sebagai penerbit dan pengarah.Pelakon Liyana Jasmay berkongsi sebuah video dia menukar imej rambut pendek di akaun TikTok miliknya. Kredit Sinar Viral. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay meluahkan rasa kesal terhadap orang dalam industri yang suka menitik beratkan soal logik sebuah karya dalam pembuatan filem atau drama. Menurut Liyana, tindakan mempersoalkan sesebuah karya yang logik atau tidak boleh mematikan minda kreativiti orang yang berseni. Tambahnya lagi, sesebuah filem fiksyen tidak memerlukan hal yang logik kerana ia berlandaskan dunia fantasi bukannya alam dunia sebenar. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Liyana di Instagram itu telah mendapat reaksi positif daripada peminatnya. Ramai yang bersetuju dengan luahan Liyana dan menganggap industri filem Malaysia sukar untuk berkembang sekiranya wujudnya sikap sebegini.