Pelakon Uqasha Senrose meluahkan rasa rindu terhadap aktor, Kamal Adli selepas seminggu insiden dipukul dengan cota oleh individu tidak dikenali. Belum reda isu disrng individu tidak dikenali di Singapura, muncul isu baru yang mengatakan Uqasha atau nama penuhnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen seorang pembl! ketika di bangku sekolah. Uqasha, 31, dilihat memuat naik Instagram Stories dan video di TikTok kerana merindui suaminya. Dengan segala tohmahan yang diterima, Uqasha akui memerlukan suami di sisi. “Saya rindu abang…Cepat-cepat abang sihat. Siapa nak happy kan saya. Siapa nak jadi badut untuk happy kan Qasha. Dengan macam-macam tohmahan, I need you abang.” Klik sini untuk lihat video.
Menerusi hantaran di TikTok, pasangan itu kelihatan sedang ‘miming’ lagu Hindustan ‘Main To Hoon Pagal’ oleh Abhijeet dan Shahrukh Khan. Aktor Kamal Adli dilihat menghiburkan isterinya dengan lagu yang dimainkan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak melihat keadaan Uqasha yang merindui suaminya. Selain itu, terdapat banyak doa yang ditinggalkan di ruangan komen buat pasangan itu untuk terus cekal menghadapi ujian yang diberi.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.