Ciapan terkini pengacara dan pelakon berkaliber, Nabila Huda meraih perhatian ramai selepas meluahkan rasa berang terhadap individu yang dipercayai merupakan rakan baiknya. Lebih mengejutkan, individu tersebut dikatakan telah memburukkan Nabila serta penuh dengan rasa hasad dengki. Never ending story punya hasad dengki. You talk sh!t behind my back. Talking about the company di seberang, menftnah untuk tabur pasir dalam periuk nasi sahabat sendiri..Terima kasih. But b*tch, nice try! Memaafkan lebih baik dari membalas. Inilah masalah bila kite terlalu baik, terlalu humble, terlalu senyum, dalam kita tak sedar, sahabat sendiri boleh iri hati dengan kita. Sahabat sendiri boleh menganiya kita. Nauzubillahiminzalik,” tulisnya.
Berdasarkan ciapan lain, pelakon filem Munafik itu seolah-olah mendapat berita tersebut menerusi individu lain yang telah memberinya amaran terlebih dahulu. Kita ni nak cerita pasal bangsa lain itu ini, agama lain itu ini. Tapi depan mata, Melayu sendiri nak jatuhkan melayu. Melayu sendiri yang dengki dengan sesama sendiri. Tak pernah nak berdamai. Ada je iri hati. Bila nak habis pun taktau lah. Tapi yang bagusnya orang-orang yang selalu dianiaya ni, dia tak perlu cari. Berita itu yang datang dengan sendiri di telinga tak kira lah berapa jauh pun. Tetap akan sampai. Alhamdulilah. Mungkin inilah keistimewaan orang yang teraniaya, dah dapat warning siap-siap.
Jelas aktres filem Mama ini, Nabila atau lebih mesra disapa sebagai Abil berkata dia boleh mendedahkan identiti individu berkenaan namun memilih untuk tidak mengeruhkan keadaan yang telah menjadi tegang ini. Kalau ikutkan anytime je boleh bagi details satu persatu keburukan dan kelemahan sesiapa dengan niat untuk menjatuhkan. Tapi what for? Nak tambahkan musuh? Nak membenci sesama sendiri? Ishh, Useless nya hidup kalau ada perasaan kat atas ni. Sampai mt pun hidup tak dapat berkat. Jadi, teruskanlah apa niat kalian. Teruskan apa saja perasaan benci kalian, dirty business kalian.. because we’re good dan sentiasa akan terus begini. Forever humble, sentiasa menghormati. Akan kekal dengan tingkah laku ni sebab we chose passionate than to be rich,” katanya.
Di kesempatan itu, anak kepada penyanyi rock Datuk Amy Search turut memohon pengikutnya untuk percaya kepada rezeki yang telah tertulis oleh Sang Pencipta. Percayalah, rezeki tu datang dengan pelbagai cara. Masing-masing ada bahagian masing-masing. Kadang rezeki tu milik kita. Kadang rezeki tu untuk dikongsikan. Ada jugak rezeki bukan milik kita… Tak perlu ada rasa iri hati tu. It’s not healthy at all,” akhrinya. Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.