Nak Syamsul balik ke pangkuan keluarga, rupanya ini sebab isteri Yusof Haslam selalu luah perasaan di laman ig

MEMAHAMI rasa rindu seorang ibu terhadap anaknya, pengarah Datuk Yusof Haslam menjelaskan punca isterinya dilihat kerap meluahkan perasaan di media sosial. Yusof, 69, berkata isterinya iaitu Datin Patimah Ismail hanya mahu Syamsul pulang ke pangkuan keluarga dan menjernihkan semula segala kekusutan yang berlaku. Malah Yusof sebagai bapa juga mengharapkan ada jalan penyelesaian berhubung kemelut rumah tangga Syamsul bersama isteri Puteri Sarah Liyana. “Dia seorang ibu… Dia rindukan kasih sayang anak dia dan berharap anak dia balik berjumpa… harmonikan benda-benda yang kusut.

“Saya ada menasihati datin agar bertenang menangani isu ini, saya bukannya tak sedih… dia anak drh daging saya. Saya sayang dia… saya nak dia balik jumpa isteri dan anak dia. Saya tak mahu benda ini berlarutan. Apa pun kehidupan perlu diteruskan walaupun berlaku perkara seperti itu. Pada usia saya sekarang ini saya nakkan kedamaian bukannya konflik yang tidak selesai. Saya sayang menantu saya dan anak-anak saya,” katanya. Yusof berkongsi perkara itu ketika ditemui tayangan perdana Astro Original Liar yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada malam Rabu.

Dalam pada itu, pengarah dan penerbit itu juga memberitahu dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak dan menantunya itu. “Sebagai ayah terus terang saya mendoakan Syamsul yang terbaik dan mencari jalan terbaik untuk Syamsul jernihkan keadaan dengan isteri dan ibu dia. Saya tiada menyimpan dendam ke apa saya tahu anak muda ada konflik dan jiwa muda dia. Dia melalui proses. Saya bermula dari bawah, Syamsul ada perjalanan hidup yang selesa dan tentunya kehidupan kami tidak sama. Saya pun tidak boleh salahkan dia 100 peratus,” katanya lagi.

Untuk rekod, Syamsul dan Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5. Pada 6 Januari lalu, Syamsul mendedahkan telah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand berwakil walikan ayahnya, Kazar Saisi. Rentetan itu, Sarah menerusi Instagram memohon agar Syamsul melepaskannya kerana tidak rela hidup bermadu. Malah pada 7 Mac lalu, Syamsul enggan melepaskan Puteri Sarah sekali gus mahkamah memerintahkan untuk pihak berkenaan melantik wakil Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan pisah mereka.

Sumber, MStar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version