Teruk kena kritik dengan warganet, penampilan terkini Ning Baizura jadi perhatian ramai

Baru-baru ini, penyanyi Ning Baizura jadi perhatian ramai selepas tular sebuah video di aplikasi TikTok. Video berdurasi 20 saat itu memaparkan Ning sedang lincah menari sambil menyanyi bersama selebriti Hunny Madu. Di ruangan, video tersebut seakan mendapat tentangan ramai yang mempersoalkan aksi Ning. Rata-rata warganet terkejut melihat gelagat dan penampilan Ning yang lincah menari dengan gaya rambut pendek berwarna ‘blonde’. “Ya Allah Ning ke tu? Teristighfar aku terkejut tengok,” tulis warganet. “Kenapa Ning macam tu…? Dulu sopan la juga seriously?” kata warganet lain. Klik sini untuk lihat video.

Dalam pada itu, terdapat segelintir warganet memuji penampilan Ning yang semakin muda. Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih sebanyak 45,000 tontonan, lebih 70 komen dan 1,000 tanda suka. Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version